Sakit jap kepala aku nih. Berdenyut². Tapi lantak la, 2-3 bijik penadol aku nak telan pas nih. Tak pon, aku buat jer lobang kat kepala aku nih, releasekan tekanan pada otak aku skek. Hehehehe… tapi beranikah aku! Ayat macam bagus² jer. Hehu!…
Tapi, apakah yang menyebabkan aku merasai sakit kepala sebegini? Meh sini aku nak cerita. Tak per, ari nih aku cuti, aku boleh tulis pepanjang yang aku nak. Bukan macam kat office, nak buat entry pun kena curik². Time ada kat rumah ni, tak ada menda yang membuatkan aku puas hati. Tidur? tengok tv? Layan Blu-ray? Men game?… Semuanya kelihatan amat membosankan. Mengadap pc jugak yang memuaskan hati walaupun tak banyak. Adakah kerana aku terlalu banyak berfikir yang menyebabkan aku sakit kepala? Atau aku terlebih tidur? Terlalu banyak probability yang akan membawa kepada jawapan…
Malam tadik aku menghabiskan masa bersama dengan Mak Ngah. Banyak yang kami bualkan. Banyak perkara “sakit hati” yang dibualkan sehingga membolehkan air mata melimpah tanpa sebab. Ada nada terkedu dan sedih di hujung kata, tapi masing² tak boleh nak berbuat apa² kerana terlalu banyak probability untuk permasalahan yang sedang diperkatakan. Namun ianya tidak berakhir di situ kerana ianya mengikut aku pulang untuk difikirkan. Tapi, the more I think, the more confused I get. Well, aren’t we always like that?
Panadol 3 biji, here i come! Tak jadik nak tulis pepanjang as my headache become worse!