Ahad yang sengal…

Sebenarnya, tak ada apa pun yang sengalnya dengan hari Ahad yang lepas. Aku jer yang sengal. Sebab aku telah ditakdirkan untuk demam pada minggu nih. Hehehehe… Sebenarnya, aku dah start demam pada hari Khamis lagik. Hari sebelumnya pulak, memang dah terasa badan ni tak berapa sedap. Tau jer la bila badan dah seram-seram sejuk, maka tak lama tu memang la akan jatuh kedemaman.

Memang la tak best bila badan ni dah demam. Makan tak selera, jalan tak larat, kepala berat semacam. Tekak ni pulak macam ada menda yang menjolok-jolok. Asyik nak termuntah jer kerjanya. Hidung pulak asyik meleleh jer dengan hingus. Batuk lagi… Alahai… Memang segalanya serba tak kena kalau kedemaman nih.

Oleh sebab badan aku dah bagik amaran pada hari Rabu ari tuh, maka pada hari Khamisnya, aku pun pergilah berjumpa dengan Medical Officer (MO) kat Unit Accident and Emergency (A&E). Pepagi aku dah ke A&E sebab aku takut kalau lewat aku gi, makin ramai orang yang datang. Baik aku ke sana awal-awal. Tak la lama meenunggu. Lepas jumpa dengan MO, terus aku ke farmacy untuk ambil ubat. Then balik semula ke office. Kat office apa lagik, telan la ubat awal-awal. Skali dengan ubat batuk yang MO tu prescribekan kat aku. Ngantuk jugak la mata nih, lepas makan ubat batuk dengan ubat selesema. Satu gandingan yang bagus. Then, lepas tu, aku pun jadik macam ayam berak kapur. Sana tak betul, sini tak betul buat kerja. Mana taknya, dan ngantuk nyer hal. Tak dapat nak dibendung lagik…

Last-last, aku terlena kat meja Zack (yang agak terlindung daripada  tempat yang lain). Diampu pulak dengan bantal Kak Liza nih, sampai tengahari pulak aku terlena. Memang aku dah angkat bendera putih dah. Memang aku tak larat langsung. MC pulak tak dapat.  Adesss…. Sengal betol MO tu tak bagik MC kat aku. Kedekut betol. Last-last, aku cakap kat Kak Shima yang aku nak balik. Serious punya tak larat aku hari tu. Jadik hari Khamis ari tuh, aku ishtiharkan aku mengELkan diri. Baliklah aku ke rumah selapas tu. Dan kemudiannya terus aku crash atas katil sampai la ke hari Sabtu. Apa yang jadik di antara waktu tu, Tuhan jer yang tau. Rugi jer cuti am hari Jumaat hari tuh (hari pekerja). Cuti untuk menidurkan diri…

Hari Sabtu tu pulak (aku memang dah ambil cuti hari ni since bulan lepas lagik…), aku bangun lebih kurang tengahari. Tu pun lepas terasa badan ni dah kebah sket. Mandi la kejap dan turun ke kedai Kak Zie nak makan sket. Walau pun mulut ni tengah pait, tapi nak kena gak sumbat menda kat perut aku ni bio jangan lapo. Ye la, nak kena makan obat, mana boleh perot kosong. Kena la ada isi. Kang demam tak baek, penyakit lain pulak yang datang.

Abes makan, aku sambong balik tido… (tapi dalam tido-tido nih, sempat gak aku tengok keputusan 1 in a million dengan AIM, wahahahaha…)

So, apa yang sengalnya hari Ahad? Hari Ahad aku dok bantai movie marathon dengan menonton macam-macam cerita dari pagi sampailah malam. Sempat gak habis aku tengok trilogi Lord of the Rings extended version. 5.30 pagi hari Isninnya baru aku habis movie marathon tu. 2 jam jer aku tidur sebelum aku bangun untuk ke pejabat semula. Adussss… Terasa sengal sampai ke sum-sum aku hari nih… Nak cakap tak cukup tidur, since hari Jumaat ari tuh, aku dah tidur sepuasnya… Jadik, tengok tivi la seadanya…

Ahad aku yang sengal…