Hurmmm… Cedey plak aku bila dengar tibi besar kat kampung aku tu dah rosak. Bukan apa, aku kesiankan mak yang dah tak der hiburan memalam. Tak dapat mak nak tengok rancangan peberet dia yang dia tak miss tengok tiap² hari. Nak harapkan anak sedara aku si Syahira tu untuk menghilangkan kesunyian mak, rasanya tak dapek la. Dia dah diambik balik oleh mak dia ke Kuala Lumpur.
Jadik, mak sekarang kesunyian pada siang hari… tak berteman, dan hiburan.
Abah? Abah kerja siang hari. Cuma waktu petang dan malam jer dia akan berada di rumah lepas kerja. Sebak hati aku mendengar mak cerita tentang tibi yang dah rosak tu. Terus nekad dalam hati aku untuk membelikan tibi baru kat mak dan melupakan apa yang aku nak buat dengan duit yang bakal aku dapat tak lama lagi. Biarlah, tak penting buat aku untuk menggunakannya kerana apa yang ada masih lagi elok. Mak ada cakap hari tu yang dia minat dengan tibi LCD yang nipis tu, jadik itulah yang aku akan belikan untuk mak. Mungkin mak akan suka nanti.
Dalam sessi berYM dengan adik aku, Nizam petang tadik, aku ada ceritakan kat dia tentang tibi yag rosak tu. Dan aku ada gak menceritakan tentang hasrat aku untuk membelikan tibi LCD tu untuk mak dan seterusnya menggantikan tiibi besar yang dah rosak tu. Dan adik aku pula menyatakan bahawa tibi tu perlu dibeli secara tong² dengan adik beradik yang lain. Aku suka gak dengan cadangan dia tu, sekurang²nya, kami adik beradik prihatin dengan keadaan mak.
Lewat petang tadi, aku keluar dengan Nizam untuk makan bersama. Dalam kereta, dia memberitahu yang abah dah pun memesan tibi baru (dia menelifon kampung selepas sessi YM kami petang tadi…). Untuk memuaskan hati, aku menelifon semula ke kampung untuk mendapatkan pengesahan cerita Nizam. Lama jugaklah aku berbual dengan abah pasal tibi tu. Memang dia dah memesan tibi LCD baru bagi menggantikan tibi yang rosak tu. Akan sampai tak lama lagi… Katanya abah mengambil secara ansuran dan akan membayar secara bulanan selepas tibi sampai.
Sebenarnya, aku rasa hampa sedikit sebab tak dapat nak hadiahkan mak ngan abah tibi baru, tapi tak perlah, abah dah awal² memulakan langkah. So, aku cakap kat abah yang aku dan adik beradik yang lain akan bayarkan ansuran bulanan tibi tu. Tak per lah, sekurang²nya abah tak keluar satu sen pun. Dan apa yang penting, mak ada tibi baru untuk menonton rancangan peberetnya…
p/s: Sian mak tengok tibi pakai tibi kecik yang nyawa² ikan kat belakang tu. (T_T)