Hari ni Sabtu. Kerja sekerat hari la hari ni macam Sabtu² yang lain. Agak membosankan sebenarnya. Bukan apa, Yang lain pada hari Sabtu semuanya sedang seronok bercuti, tapi kami di Ampang Puteri (huhuhu…) memang diwajibkan bekerja. Tapi, Sabtu kali ni, agak menyeronokkan bagi semua ahli CC. Bukan apa, bos kami En. Fendi telah memberitahu beberapa perkara gembira kepada kami, khususnya ahli² CC.
Yang pertamanya mengenai bonus. Yeahoo!!! Memang seronok banget nih. Ye la… Sapa yang tak seronok kalau nak dapat duit. Tercapai jugak la hasrat aku nak membelikan mak ngan abah tivi LCD yang derang idam²kan. Mana tak nya, bonus yang diumumkan memang banyak kali ni. Jadik, mungkin aku akan menyelam sambil minum air. Hasrat untuk aku membeli tivi baru mak ngan abah dapat, dan apa yang aku nak pun dapat. Alhamdulillah pada rezeki yang Allah beri… But the catch is, kami sekalian warga CC terpaksa berhempas-pulas minggu depan untuk mendapatkan collection yang memberangsangkan. InsyaAllah.
Dan yang keduanya, berita yang amat kami gembirakan. Satu rahmat kepada kami di CC (walaupun ianya satu berita buruk bagi En. Fendi… tapi sebenarnya tak jugak kot…). Dia tidak jadik untuk bertukar ke jawatan baru yang sepatutnya di sandangnya pada hari Jumaat lepas.
Satunya, dia masih lagi gembira untuk meneruskan tugasnya di CC kerana baginya CC masih lagi memerlukan khidmatnya, dan dia tak yakin orang yang akan menggantikannya akan dapat meneruskan tugas sebagaimana dia lakukan. Keduanya, jawatan baru yang diappoint kepadanya tidak berapa kukuh basenya selaku orang lama yang telah banyak berjasa kepada hospital… But the catch about him turning down the offer, kami di CC perlu berpindah ke tempat baru sebab pejabat kami ni diperlukan untuk jabatan baru. Huhuhuhu,,, Tapi tak kisah la, yang penting, En. Fendi masih lagi bos kepada aku dan kami di CC.
Jamuan hi-tea pada hari ni yang sepatutnya meraikan kenaikan pangkat En. Fendi telah bertukar kepada majlis meraikan En. Fendi masih lagi bersama kami di CC. Barita yang kami sangat² alu²kan. Yelah, susah nak dapatkan bos sebaik En. Fendi ni. Jadik, selagi masih lagi dia memegang jawatan CC Officer di Ampang Puteri, insyaAllah, kami akan berikan yang terbaik…
p/s: Kenyang betul makan kat hi-tea tadi…