Dari semalam, kami di Credit Control (CC) masing² memikirkan apakah yang En. Fendi, bos kami di unit ini, akan katakan pada briefing jam 8.30 pagi tadi. Semua di CC ligat menspekulasi tentang kes yang berlaku 2-3 hari yang lepas. Ada yang rasa cemas, ada yang gementar, dan ada juga tak merasa apa² macam aku yang langsung tidak terlibat dengan kes berkenaan. Tapi, tempiasnya amat terasa di kulit muka. Ye lah, kami di CC bagaikan satu keluarga yang besar, satu yang terkena, seluruh CC akan merasakannya jugak…
Tapi, briefing yang dibuat langsung tak berkenaan dengan kes yang terjadik. Mula² briefing tu, memang la dia ada mengungkit kes berkenaan, tetapi apa yang dibriefkan amat² mengejutkan kami seisi CC. Masing² terkedu, masing² berkeluh-kesah. Masing² merasa kesedihan…
En. Fendi mengumumkan kepada kami yang dia tidak lagi akan menjadi bos kepada kami di CC lagi. Dia akan ditukar ke bahagian lain di atas permintaan pihak pengurusan. Patutlah 2-3 hari lepas, emosi En. Fendi tidak beberapa baik. Ada kalanya kelihatan tegang, adakala kelihatan gundah… Dan apa yang dapat aku perhatikan sehari sebelum kami dipanggil briefing pagi tadi, En. Fendi kelihatan agak down selepas habis bermesyuarat dengan GM. Jadi, inilah penyebabnya… Semuanya sudah terungkai…
Ada juga yang bertanya adakah penukarannya itu disebabkan kes yang berlaku di antara kami tempohari. Adakah dia frust dengan kami yang menyebabkan dia mengambil keputusan untuk bertukar jabatan. Tetapi En. Fendi mematahkan semua yang diajukan dengan memberi alasan bahawa dia telah lama di appoint dengan jawatan itu, tetapi dia meminta untuk menangguhkannya dahulu. Tapi, disebabkan kerusi jawatan yang dia akan pegang tak lama lagi akan kosong pada pertengahan bulan ini, dia terpaksa mengambilnya. Jadi, tentang kes yang berlaku tempohari langsung tiada kena mengena dengan penukarannya itu.
Di kala pengumuman itu dibuat, ramai di antara kami yang kelihatan menentang. Ada yang merayu dan ada juga mengiakan. Pada aku pula, aku berada di tengah². Antara tak mahu dia bertukar dan meredhakan penukarannya. Kenapa? Sebabnya aku tak mahu dia bertukar sebab aku selesa En. Fendi menjadi bos. Walaupun dia tegas dan selalu marah² (hanya ketika jika dipanggil ke dalam biliknya), tetapi di luar, dia pandai mengambil hati anak buahnya. Kenapa pula aku redha? Sebab penukaran ini adalah peluang keemasan kepada dirinya untuk berkembang. Tidak hanya ditakuk lama dan menghadap menda yang selalu menyakitkan hati terutamanya melayan kerenah kami selaku anak buahnya.
Mungkin penggantinya nanti akan membawa perkara baru untuk kami di CC.
Sayu jugalah keadaan di dalam bilik En. Fendi. kak Shima dan semua collector perempuan lain dah mula menitiskan air mata, Manakala yang lelaki pula, ada pula nada kedu di hujung suara. Mungkin tak percaya dengan perkara yang berlaku. Aku jugak tak ketinggalan. Air mata bergenang jugalah di hujung ekor mata. Tapi cepat² aku kesat sebab tak nak yang lain tau aku pun sedih dengan keadaan yang berlaku. Mungkin aku bergenang air mata sebab memikirkan mungkin selepas ini aku tidak lagi akan mendapat seorang bos yang baik seperti En. Fendi. Mungkin juga kerana memikirkan tentang budi baik En. Fendi selama ini kepada aku dan juga kepada seluruh warga CC.
Walaupun apa yang terjadi, En. Fendi tetap berada di dalam hati kami sebagai bos kami sampai bila². Respek dan rendah diri kami tetap sama di mana saja dia berkhidmat… Selamat maju jaya En. Fendi. Saya mengucapkan En. Fendi akan selalu berjaya di mana² En. Fendi berkhidmat. p(^_^)q
p/s: Hari sedih sedunia…