3 hari yang lepas, aku tak berapa nak lena tidur. Semuanya disebabkan aku tidak habis² memikir, tivi apakah yang patut kami adik beradik belikan untuk Mak dan Abah. Memanglah tivi nipis dan ringan yang menjadi pilihan, tetapi jenis yang macammana yang perlu dibeli…
Entry penuh selepas jump!
Soalah yang asyik berlegar² dalam kepala aku ni akhirnya terjawab pada hari Sabtu lepas apabila aku dah 3 adik beradik aku yang lain berkumpul di Ampang Point untuk mencari jenis tivi yang dimaksudkan. Memanglah ada kedai lain yang lebih banyak pilihan dan harga yang menyelerakan, tetapi kami terpaksa berkejar dengan masa kerana hanya waktu yang singkat sahaja kami perlukan untuk mendapatkan tivi tersebut.
Aku bersyukur kerana kedua adik aku berada bersama² sewaktu aku dan Along membeli tivi. Bukan apa, pada awalnya, Alang hanya menyuruh aku dan Along sahaja yang memilih mana² tivi yang bersesuaian, tetapi dengan adanya Alang dan Adik, dapatlah kami berempat bermesyuarah dan mengambil kata putus tentang tivi yang bersesuaian untuk kami hadiahkan kepada Mak dan Abah.
Akhirnya, kata sepakat telah diambil dan kami memilih tivi Sharp Aquos 32 inci. Tapi sedikit hampa di hati aku kerana aku dan adik beradik yang lain tidak dapat membelinya bersama² Mak dan Abah kerana masa yang terlalu singkat. Cuti pun hanya pada hujung minggu. Kalau masing² mengambil cuti pada hari Isnin tu (hari ni la…), boleh jugak kami membawa Mak ngan Abah bersama dan menyerahkan pilihan kepada mereka berdua. Tapi tak apalah…
Selesai membeli tivi, kami berempat terus shoot ke rumah Along sebab kami akan bertolak balik ke Ipoh sejurus selepas itu. Makan masa jugak lah perjalanan ke Ipoh. Lebih kurang 3 jam… Kami menaiki 2 biji kereta; kereta Along (Along, Gee, Adik dan Nawfal) dan kereta Alang (Alang dan aku, bersama pessenger utama kami tivi Sharp Aquos dan tivi lama aku…)
Sampai ke Ipoh lebih kurang jam 7.00 malam. Keluar sahaja dari kereta terus aku memeluk cium Mak yang aku rindu, dan Abah yang menunggu dari dalam rumah (mungkin baru balik dari masjid) sambil mencium tangannya. Memula, kami saja nak berseloroh dengan mengatakan bahawa hanya tivi lama aku tu sahaja yang mampu kami berikan. Tapi dengan nada bersahaja, Mak dan Abah berkata, “alhamdulillah. asalkan dapat tengok tivi…” Sayu jugak hati apabila Mak dengan Abah cakap macam tu, tapi kemudiannya Along dan Adik pulak masuk dengan membawa kotak besar yang berisi tivi Sharp Aquos tu. Suprise!!! Inilah hadiah yang kami berikan kepada Mak dan Abah.
Seronok tak kepalang Mak dengan Abah. Sejuk hati aku apabila melihat raut wajah Mak dengan Abah yang begitu gembira dengan hadiah kami yang tak seberapa ni. Dan hati aku seronok kembali apabila Mak tidak lagi bosan berseorangan di rumah. Dapatlah dia menonton kembali cerita “Intan” yang dah 2 minggu dia terlepas…
Siap semua pemasangan tivi dan sambungan Astro, kami anak beranak terus keluar makan bersama. Dah lama kami tak makan beramai² sebegini, dan malam ini hampir merupakan malam yang sempurna bagi aku dan keluarga. Bukan senang untuk kami berempat (dan juga Gee dan Nawfal) untuk duduk semeja selain dari Hari Raya sebegini. Dan malam yang istimewa sebegini kami penuhi sebaik²nya…
Keesokkan harinya, kami bercadang untuk berkelah di Chepor. Along mengajak kami semua untuk berpiknik di sana. Memang dah lama kami tak mengadakan piknik sebegini. Paling akhir pun, entah bila ntah rasanya. Tak dapat nak aku flashback balik. Siang tu, aku bangun agak lewat sikit. Aku paling lambat bangun sebab mata ni macam tumbuh batu jer. Kemudian, selepas bangun, aku pun terus bersiap sedia untuk pergi piknik. Tapi malangnya, aku tak bawak baju spare. Yang ada pun dah kena muntah Nawfal malam sebelumnya. (T_T) Huhuhuhuhu…
Berlepaslah kami ke Chepor lebih kurang jam 12.00 tengahari. Sampai jer di Chepor, orang dah ramai yang turun ke sungai. Jenuh jugak la kami nak mencari tempat untuk berteduh. Bila dah dapat, kami duduk sebentar sambil makan sandwich dan nugget yang disediakan khas oleh Gee. Dan lepas makan, masing² turun ke sungai untuk berendam. Sungguh cetek sungai di Chepor nih. Nasib baiklah aku tak mandi. Kalo tak, tak puas la jawabnya. Aku dengan Abah jer yang tak turun. Abah cuma baring dan tidur di bawah pokok.
Lebih kurang jam 3.00 petang, kami pulang ke rumah semula. Bergelimpangan kami adik beradik di ruang tamu. Masing² kepenatan. Terlelap jugak la aku sampai pukul 6.00 petang sebelum aku dikejutkan Mak untuk bangun sembahyang Asar. Dan kemudian kami bersiap² untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Bila dah siap semuanya, aku mencium Mak dan memeluknya sebelum naik ke kereta dan kami bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Cuma Adik jer yang meneruskan perjalanan ke Pahang… Habislah hari minggu aku yang tidak mungkin aku lupakan sampai bila².
p/s: Aku sayang banget sama Mak dan Abah!