Pada hari Rabu yang lepas, semasa aku sedang menunggu kawan-kawan gamers BDN aku untuk menonton “Terminator Salvation”, aku singgah sebentar di Border, Time Square untuk melihat-lihat bahan bacaan baru. Pada mulanya, aku just nak browsing jer untuk melihat-lihat buku yang menarik untuk bahan bacaan aku dan memang tak berniat langsung untuk membelinya. Ye lah, memang dah menjadi tebiat aku untuk browsing dulu buku-buku yang bakal aku nak beli nanti…
Post penuh selepas jump…
Sehinggalah aku sampai ke seksyen “Personal Improverment”, saja jer la nak tengok buku-buku motivasi diri yang berlambak kat seksyen tu, tapi satu pun macam tak berusik oleh pembaca-pembaca. Cuma ada seorang wanita India yang sedang membaca sebuah buku yang entah apa tajuk. Aku terus menjengah buku yang cantik tersusun di rak-rak bahagian itu. Browse punya browe, dari satu buku ke satu buku, sampailah aku terpegang buku yang nampak menarik untuk dibaca. Kulit buku pun agak terang yang berjaya mencuri perhatian aku walaupun tak ada gambar-gambar fancy depan buku tu. Hanya tulisan besar yang menghiasi kulit buku tersebut. Ianya bertajuk, “How To Talk To Anyone”…
Mulanya aku hanya membaca sinopsis di belakang buku, dan seterusnya ke muka pengenalan. Sedikit demi sedikit, aku rasa seronok membaca buku tersebut bermula dari bab pengenalan, bab satu dan seterusnya. Sehinggalah kengkawan gamers BDN aku menghubungi aku untuk berkumpul. Rasa berat hati pulak nak letak balik buku tu sebab aku rasa content buku tu memang menarik.
Entah cemana, terus aku bawak buku tu ke kaunter. Terus aku beli buku tu. Hahahaha… Walaupun mahal buku yang sedang aku baca tu, aku tak kira… Janji aku dapat menghabiskan bacaan buku tu dan menguasai kesemua tips-tips yang diajar d idalam buku tu.
Sebenarnya, apa buku yang aku beli tu? Hmmm… Untuk aku yang memang agak “berat mulut” ni untuk berkomunikasi dengan orang luar, buku banyak mengajar bagaimana untuk kita berkomunikasi dengan khalayak buat kali pertama. Buku ni memberikan 92 tips untuk berjaya di dalam komunikasi kali pertama dengan orang luar, dan bagaimana untuk berjaya dalam perhubungan baru itu. Sebenarnya aku ni bukalah tak tau nak berkomunikasi kali pertama, tapi dengan adanya buku ni, sekurang-kurangnya aku dapat polish cara-cara untuk memperbaiki komunikasi kali pertama… Mungkin jadi lebih baik!
Aku tak habis lagi membaca buku ni. To date, aku baru sampai ke bab 22, dan ada banyak lagi bab yang perlu aku selesaikan bacaan. Nanti lepas habis baca, aku akan reviewkan buku ni nanti…
Bye semua!