Kadang-kala, rasa sakit jiwa jer bila nak attend masalah user yang memeningkan. Memeningkan dalam ertikata lain dah muak boring dengan apa yang diminta untuk dibuat. Jangan salah sangka eh, aku bukan tak suka dengan kerja yang aku buat (aku suka dengan kerja ni!), tapi bila nak menangani masalah user, tetiba hati ni terasa sangat sakit, sampai boleh men”spoil”kan mood aku untuk satu hari. Tapi, nak tak nak, kena la jugak pergi (dengan hati yang macam dipicit²) sebab dah kerja.
Kadang-kadang, terpaksa aku (dengan yang lain) me”langsi”kan diri, semata² nak mengajar user supaya tau nak buat check up sendiri terlebih dulu sebelum membuat panggilan. Bukan niat nak marah sesiapa, tapi troubleshoot yang dibuat boleh diselesaikan sendiri tanpa campur tangan aku. Sebagai contoh, monitor yang tak hidup disebabkan user tak on suis di dinding, tak pun suruh kami turun untuk melihatkan printer yang tak berjalan disebabkan kertas yang dah habis atau dakwat yang dah kering… Tak pun menyuruh kami membukakan aplikasi emel dengan alasan tak tahu nak buka (tapi bukak laman Facebook tau pulak).
Cam mana tu? Kalau sekali sahaja mungkin aku tak kisah, tapi ni berkali², sampai kami sendiri dah terasa malas nak attend troubleshoot yang sebegitu rupa. Terasa macam nak tembak jer diri sendiri bila dapat panggilan yang macam tu. Bukannya kitaorang tak ajar dari mula, berkali² dah ajar, tapi masih tak lekat di kepala. Haiiii… Mintak maaflah kalau perbuatan dan percakapan agak keras bila mengambil panggilan, tu semua sebab air dah naik ke kepala… Huhuhuhu… Bukan kerana masalah disebabkan teknikal error, tapi lebih kepada human error…
Tapi nak wat cam ne? Sabo je la ngan perangai orang!… (T_T)
p/s : Bertanya kepada kawan kenapa kereta yang dah habis minyak tak boleh jalan…