Paling aktif adalah kita!

socialnet

 

Aku adakala rasa geli hati gak bila membaca entry dari blog di Lowyat.net mengenai pembabitan rakyat Malaysia dalam laman sosial ni, tak kiralah Facebook, MySpace, Twitter dan beberapa lagi laman sosial lain. Aku pun sama tergolong dalam golongan tersebut, yang mana setiap hari, kalau tak membukanya seolah ada benda yang tak kena. Bukan setakat untuk menyemak status rakan online yang lain, malah ianya menjadi medium perhubungan selain telefon atau emel.

 

Menurut entry Lowyat.net tu, Malaysia merupakan negara pertama yang mempunyai rakan online teramai di kalangan negara lain, dengan purata jumlah rakan online adalah sebanyak 233 orang. Hah! Aku gelak sendiri je bila nak comparekan dengan jumlah rakan online aku di Facebook (400++). Memang betullah apa yang dilaporkan tu. Antara mereka yang baru sahaja menceburkan diri dalam dunia online ni, paling kurang pun, dengan secara automatik akan terus mendapat lebih kurang 20 orang paa hari pertama sahaja.

 

Macam mana tak banyak? Bila dah mula mengadd orang, kengkawan lain pulak suggest rakan yang lain. Itu kalau sorang, kalau 10 orang suggest rakan derang yang lain? Tak ke banyak? So, it’s all about circle of friends. Ko ada rakan tu, aku pun ada jugak, kalau ianya di kalangan korang dengan kengkawan korang. So, tak hairanlah sekiranya purata rakan online rakyat Malaysia ni di laman sosial adalah 233 orang. AL-maklumlah, rakyat Malaysia ni mementingkan rakan² dan aktiviti sosial (lah katakan…)

 

Okay, entry di Lowyat,net tu lagi mengatakan, selepas Malaysia, ianya diikuti dengan Brazil (231), Norway (217), dan 2 negara yang paling bawah adalah dari China (68) dan diakhiri dengan Jepun (29). Menurutnya lagi, Malaysia adalah antara negara paling aktif menggunakan laman web sosial dengan anggaran rakyat Malaysia menghabiskan masa 9 jam seminggu, diikuti Rusia 8.1 jam seminggu dan diikuti oleh Turki sebanyak 7.7 jam seminggu… Fuwhhhh… Enough with the statistics. Itu ini tinggi Malaysia nih… Serba serbi!

 

Macam mana tak tinggi, tengok aje aku. Kalau diikutkan, aku bukannya menghabiskan masa memanjang menghadap laman web sosial nih. Jangan cakap la dari pagi ke malam. kengkadang tu tak sempat pun… Tapi apa yang membuatkan (sumbangan) ianya tinggi adalah disebabkan orang macam aku yang malas nak tutup pc dan membiarkan laman web sosial ni terbuka setiap masa. (Ehem! PC rumah aku jarang ditutup sebab aktif mendonlot itu ini… :p) Tu belum lagi masuk dengan application kat dalam telefon. Rata² rakyat Malaysia dah ada handfon yang ada capaian ke internet. Kalau tak der pun, ada syarikat komunikasi yang memberi servis sambungan ke laman web sosial ni melalui sms. Memang patut pun penggunaan laman web sosial ni paling heavy di kalangan rakyat Malaysia… Senang nak access!

 

Tapi walau apa pun, kalau hendak menyekat penggunaan laman web sosial ni agak sukar nak dibendung, sebab ianya boleh didapati kat mana². Kalau di rumah mak ayah sekat, derang boleh dapat kat luar rumah… Contohya CC. Tak ada CC pun, telefon ada. Jadi, cam ne nak bendung. Walaupun macam tu, semuanya terletak kat tangan siapa yang menggunakannya. Kalau derang guna untuk tujuan yang salah, salahlah jadinya. Kalau guna sekadar untuk mendekatkan silaturrahim yang dah lama terputus (kawan lama… kawan sekolah… kawan U…), laman web sosial ni adalah alat yang paling afdal untuk digunakan.

 

So, tepuk dada tanya diri sendiri. Korang guna facebook untuk apa? Korang dah besar dan tau nak fikir sendiri. Jadi, kalau itu yang difikirkan betul, jangan takut untuk menggunakannya…

 

p/s : Add la aku kat Facebook. Huahahaha…