Ada apa dengan status 2?

Kali ni aku bukan nak menyambung cerita status aku yang lepas, tapi aku nak bercerita tentang status FB plak. Aku nak share ngan korang apa yang aku baca di entry blog adik aku yang sedikit sebanyak memberikan banyak info dan pengajaran tentang status yang selalu di update kat FB (mahupun laman sosial yang lain).

 

Pernah gak aku timbulkan persoalan satu ketika dulu  tentang mereka yang selalu mengupdate FB mereka dengan status yang seolah² menagih simpati orang lain, atau pun yang paling aku benci untuk membaca status bertulis ayat² seperti, “my life sucks”, “kenapalah hidup aku sebegini…”, “dah suratan hidupku sebegini…”. Urghhh!!! Tak produktif langsung. Cubalah letak status yang lebih ceria untuk orang membacanya, sekurang²nya dengan ayat ceria yang diletakkan di status itu, dapat menutup kelemahan diri dan membuatkan orang lain rasa bersemangat dengannya.

 

Kita sebagai makhluk Allah memang tidak dapat lari dengan perasaan dan emosi yang sentiasa berubah², kadang-kala gembira, kadang-kala sedih, marah, keliru dan pelbagai jenis emosi lagi. Tapi yang paling menonjol adalah emosi gembira yang boleh mempengaruhi orang lain. Dengan perasaan gembira itu, sesorang selalunya akan mudah mengawal persekitarannya, secara tak langsung memberikan rasa self-confident. So ceria²lah selalu.

 

Anyway, bersambung balik mengenai status FB yang aku cerita tadi. Kat bawah ni, aku pastekan kat korang apa yang adik aku tulis (apa yang dia ambil dan tulis… hehe…). Mungkin akan memberikan sedikit sebanyak pengetahuan untuk kita: Renung²kan…

 

AMARAN AWAL
Baca hingga habis apa yang nak dicerita, dan diminta membuka minda korang dengan hati yang tenang dan waras. Amik yang positif aje... Yang negatif tu hanya Allah yang mengadilinya... Kalau yang terasa tuh mintak mahap ye... :D

Aku kekadang tensen baca  status matus terbaru yang berbaur emosi melampau sepertinya coretan puitis-puitis yang kalau difikirkan kembali membuka pekung di dada sendiri. Contohnya: "Kenapala nasibku ditimpa malang" takpun "Lemahnya diri aku ini, diduga sebegini". Perlukah update status sebegitu? Rasanya macam menceritakan diri mereka sangat lemah, sangat menjatuhkan air muka sendiri tanpa dipaksa. Mungkin niatnya mahu meminta simpati atau berkongsi emosi. Tapi bagi akula sebagai pengkritik tegar, Facebook bukan tempat yang sesuai mendedahkan kelemahan diri. Bukannya apa, bila semua kenalan-kenalan baca menunjukkan semua orang faham situasi yang bergolak dalam diri anda itu. Bukan semua orang perlu kita cerita situasi sebenarnya, tapi secara umumnya ianya dibaca oleh kenalan kita. Ada yang memandang rendah mahupun mencaci kerana status yang kononnya mempunyai 1001 makna itu.

Kedua, status yang diupdate yang merupakan seseorang itu berdoa. Korang... kalau nak berdoa sila direct terus kepada Allah s.w.t. Bukan berdoa dengan ayat-ayat yang panjang lebar supaya kawan-kawan tahu anda sedang berdoa. Ingatlah, sebaik baik doa adalah yang dirahsiakan. Harap korang paham maksud aku tu yek? Bukan mengeji untuk berdoa untuk orang lain tahu, cumanya saluran korang tu tak betul. 1001 maksud juga tersirat dalam status korang tu, boleh jadi korang nampak alim di Facebook sahaja, tapi sebenarnya tidak. Yang penting keikhlasan dalam berdoa. Hanya Allah je tahu dan akan kurniakan apa yang korang minta. Kalau korang minta kat Facebook, ada kawan-kawan KESAH? Hehehe...

Tak kurang juga ada status yang dengki-mendengki. Pastu ada batu api. Pernahla aku komen satu budak ni supaya jangan la dengki mendengki, dengan memberi nasihat lebih kurang. Buleh pulak dia delete komen aku tu, dan mana kawan-kawan dia yang setuju dengan dia tu dia biarkan sahaja. Pastu dia balas balik komen kawan dia yang batu api tu supaya memarakkan lagi kemarahannya. Dia ngan budak batu api ni pun sama bengong jugak... Yang nasihat, tu plak jadi paneh dek budak yang delete status aku tu...  Seperti contoh nya si A ni update status tak suka si B.. Pastu buat status angin-anginkan bahawa si B nih teruk glier laa, macam jahanam laa… Mcm sial laa.. Menyusahkan idop jek laa.. Come on la beb... Kalu nak marah ker, nak merajuk ker nak sensitip ker.. Sila settle antara korang berdua. Orang lain yang tak tau apa masalah korang jadi nak tau. Bila ditanya, "Ini bukan masalah kau".

Tu je antara contoh lebih kurang aku kat blog ni. Untuk menjadi renungan kita. Juga untuk renungan aku bersama. Kekadang ada gak yang bubuh status satu perkataan aje. Tu takde halla, tapi ianya juga menunjukkan beribu lemon makna. Ada yang jadi kawan hanya nak promosi barang. Mana yang tak berkenan aku ignorekan aje. Yang aku ni tak abis-abis main game, kalau korang tak suka aku main game, delete jek aku. Takde masalahnya ye Hehehe..

Sudah tu? Apa yang sepatutnya aku update? Diam aje? Tak best jugak, seolah-olah kita tak wujud kat MukaBuku tu, dahtu buat apa buat akaun? Huhu... update aje status yang membuatkan diri kita sentiasa gembira, bersemangat, dan yang lebih berguna membuatkan orang lain memanfaatkan status kita tu sebagai ilmu yang membawa faedah.

Tu jer, babai dan jangan lupa untuk renung²kan…

 

p/s : Sori Alang, kopipes ko nyer entry kat sini! Baik untuk dikongsi bersama!