Dah kering betul ni. Kalo dibiarkan, mau berderai… Errr… sebenarnya, aku bukan nak bercerita tentang keadaan kewangan aku (my financial is fine up until now, thank you!). Tapi aku bercerita tentang bunga daffodil (ye ke?) aku yang aku beli kat Cameron lebih kurang 2 tahun lepas. Dah betul kering dan tunggu masa jer kelopak kecilnya nak berderai. Nak buang, aku sayang banget, tapi terpaksa aku buang untuk memberi laluan kepada benda lain yang lebih penting.
Kenapa aku simpan bunga tu sampai sekarang? Kenapa sampai 2 tahun dibiarkan dalam pasu dan dibiarkan kering? Semuanya sebab bunga itu menyimpan kenangan penting. Sebab 2 tahun lepas, Jaquezee terlalu rapat dan bunga itu aku simpan sebagai kenangan betapa rapatnya kami sebagai satu pasukan.
Berlainan dengan sekarang, keadaan tidak lagi seperti 2 tahun yang lepas. Hubungan kami sama seperti keadaan bunga daffodil yang dah kering itu. Masing² dengan kerjaya sendiri, dengan hal masing², dengan pasangan masing². Jaquezee sepeti sudah tidak releven lagi bagi mereka. Tapi hanya segelintir saja yang masih lagi memikir dan melihat perjalanan Jaquezee mengarah ke mana.
Aku pun masih sayangkan Jaquezee. Dan aku masih lagi sayang dengan persahabatan yang terjalin antara kami. Persahabatan yang wujud, bukan dibina sehari dua, tetapi sudah terlalu lama jika hendak dipandang balik. Tapi, Jaquezee sekarang, seolah seperti bunga daffodil yang seakan segan hidup mati tak mahu…
Tapi, daffodil aku sudah terlalu kering, dan aku tidak lagi dapat menyimpannya di tempat biasa; di dalam pasu lutsinar di tepi tingkap. Dunia luar dipandang melalui kaca mata bunga daffofil yang sudah kering dan matinya tiada siapa yang tahu bila…
Terfikir juga dalam kepala batu aku ni; adakah Jaquezee masih lagi releven pada mereka? Pada aku? Jaquezee tetap sampai bila²…