Kadang², terpikir jugak apa kelebihan dan kekurangan pada tempat baru yang sekarang ni menjadi tempat yang akan kekal buat masa yang agak panjang. Berapa panjang aku pun kurang pasti. Mungkin selepas ini, ada tempat yang akan menjadi lebih baik dari sekarang, tetapi buat masa sekarang, aku terpaksa (“terpaksa” berbunyi terlalu keras) kena lalui dan menyesuaikan diri dengan persekitaran baru.
Bukan aku tak suka, tapi hati aku masih berada di tempat lama. Mungkin kerana orang²nya, mungkin jugak kerana persekitarannya. Apa yang penting, perasaan aku masih berada di sana walaupun tugasan, kepentingan dan kesetiaan aku perlu berada di tempat baru,..
Mungkin hati aku tertinggal di tempat lama… Atau mungkin hati aku telah diambil dan disimpan oleh seseorang…
Aku dah mulai rindu kepada senyuman itu setiap kali melalui lorong untuk mula bekerja… (^_^)