Korang ada senyum tak hari ni?
Hehehe… Mesti ada senyum kan? Nak tak nak, walaupun sekejap, mesti ada kan? Teruskan dengan senyuman korang tu. Dengan senyuman, pasti dunia akan lebih berseri, jika semua orang senyum, takkan ada penyakit di dunia ni,..
Terus terang aku katakan, sebenarnya nak senyum ni agak susah. Tambahan pula untuk senyum kepada orang yang tidak kita kenal. Pasti nak menguntumkan senyuman tu, payah untuk dibuat. Tambah pula bila kita bersedih, atau marah, atau bengang… dan macam² menda la lagi yang tidak berkaitan dengan kegembiraan atau kebahagiaan. Nak senyum tu, sangat susah ketika itu…
Kalau kita senyum dalam keadaan yang aku sebut tadi, sudah tentu senyum kita tu dah dicop sebagai senyuman plastik. Senyum yang terhasil pulak, sangat kelat dan tiada keikhlasan. Senyum yang dibuat², dan tentunya tak der kemanisan. Siapa kata nak senyum tu senang?
Tapi, sebenarnya senyuman ni, walau macam mana keadaan ia pun, ianya tetap satu senyuman. Tak ada sebab kenapa seseorang tu tak perlu senyum. Seplastik mana pun senyuman, setawar mana pun… senyuman itu tetap akan memberikan perasaan positif kepada sesiapa pun yang melihatnya. Apa jua perasaan disebalik senyuman itu, pastinya akan mengembirakan orang lain…
Ada beberapa sebab kenapa ianya baik untuk senyum? Meh kat sini aku nak beritahu beberapa sebab saintifik daripada kajian tentang senyum…
Orang yang lebih gembira, tahap melawan penyakitnya lebih baik. Orang² yang optimistik (orang yang berfikiran positif dan lebih banyak senyum), mempunyai imun badan yang lebih kuat untuk melawan penyakit berbanding dengan orang yang pesimistik.
"The research is very clear," says Christopher Peterson, Ph.D, a University of Michigan professor who's been studying optimism's link to health for over two decades, "This is not some social science generalization. There is a link between optimistic attitudes and good health. It has been measured in a variety of ways. Overall, we have found that optimistic people are healthier. Their biological makeup is different. They have a more robust immune system."
Orang yang optimistik terbukti lebih senang untuk menjaga diri dengan lebih sempurna, dan ini membawa mereka kepada kehidupan yang lebih sihat.
Senyum memanjangkan hayat. Kalau nak ikutkan kajian, orang tua yang optimistik dan selalu inginkan perkara yang baik berlaku dalam hidup mereka (daripada yang tak baik), akan lebih lama hidup daripada mereka yang pesimistik. Lagi pun, antara orang-orang tua yang berusia 65-85 tahun dan optimistik, hidup lebih lama daripada pelbagai jenis penyakit (bergantung pada latar belakang seperti merokok, pengambilan alkohol aktiviti fizikal dll.), 71% lebih lama hidup daripada pesimistik.
Senyum terasa seperti makan lebih 2,000 keping coklat bar. Yup. The British Dental Health Foundation melaporkan, mereka yang senyum mencatatkan aktiviti otak dan jantung berada di pada paras yang sama apabila diberikan gambar orang yang tersenyum dan coklat.
"We have long been drawing attention to the fact that smiling increases happiness both in yourself and those around you, so it is good to receive the backing of this scientific research ... A healthy smile can improve your confidence, help you make friends and help you to succeed in your career ... "
Senyum itu berjangkit! Lebih banyak kita tersenyum, lebih ramai lagi akan turut sama tersenyum. Apa bila seseorang tersenyum, ia akan memberikan impak “halo”, dan menolong kita mengingati peristiwa gembira, berasa lebih optimistik dan motivated.
Jadi, apa lagi? Senyumlah, walaupun ianya menyakitkan. Dunia yang penuh dengan senyuman, akan menjadikan dunia lebih aman…