Shigoto… shigoto… Itu adalah merupakan perkataan Jepun untuk perkataan “kerja”. Perkataan yang kadang-kala membuatkan kita gembira dengannya, pening kepala disebabkannya, menyampah mendengarnya, bangga, suka, sedih dan bermacam lagi perkara yang boleh diassociatekan dengan “shigoto”. Tapi apa saja yang kita rasakan, kerja menjadi salah satu perkara penting yang perlu kita hadapi setiap hari, selagi kita berstatus “orang dewasa”…
Semenjak dari pagi tadi, aku sibuk untuk menyiapkan backdrop pada aturcara majlis yang akan dibuat pada malam karang di tempat kerja aku. Nasib baiklah backdrop yang aku nak buat tu tak melibatkan raw material. Hanya sekadar softcopy yang akan ditembak melalui projektor ke layar.
Walaupun begitu, aku masih tak dapat nak menumpukan semua perhatian untuk membuat backdrop ni sepenuhnya. Banyak panggilan dan troubleshoot yang perlu aku layan sepanjang hari. Lagi pun, staff yang lain tengah sibuk dengan persiapan majlis malam karang. Jadi, aku yang kena melayan semuanya. Lucky me! *Sigh*. Tapi, nasib baik aku dapat menyiapkan backdrop tu dalam masa yang pendek (walaupun aku dapat arahan untuk membuatnya dalam masa yang juga pendek). Walaupun tak berapa kemas, atau dalam erti kata lain; cincai bocai, sekurang² ia mendapat lampu hijau daripada pihak organiser. So, siaplah kerja aku… Sambung balik pada satu lagi kerja yang tertangguh… *Sigh*
Satu lagi kerja yang memerlukan tumpuan aku yang menyeluruh (walaupun aku tak dapat berbuat demikian), adalah menyiapkan presentation untuk Suggestion Scheme untuk ICC yang akan dijalankan pada awal bulan hadapan. Sebelum Isnin pulak aku kena siapkan, disebabkan ianya akan dipertontonkan kepada pihak management pada Isnin depan.
Sebenarnya, slaid² presentation tu dah pun aku siapkan, tetapi ianya perlu dipinda itu dan ini untuk disesuaikan dengan kehendak ketua kumpulan. Cuma apa yang aku bimbangkan, sama ada slaid² yang akan dipinda tu, akan mematuhi time frame yang dibenarkan.
Hmmm… Membuka sedikit tingkap kepada kerja² yang aku buat kat tempat kerja aku. Sebenarnya, apa yang aku ceritakan kat atas, adalah kerja² sampingan selain daripada kerja yang biasa aku buat di hospital. Mungkin pada entri² yang akan datang, aku akan ceritakan pula kerja² yang biasa aku buat (kalau masa dan mood aku kena pada tempatnya…).
Nasib baik, aku suka dengan kerja² sampingan ni… (^-^)