Perjalanan ke Ipoh...

Boring aku... Duduk lelama dalam tren, tapi tak der apa-apa entertainment. Nasib baiklah ada iPhone ni yang menjadi pengubat keboringan aku yang dah macam tahap cipan ni. Nama ajer 1st class, tapi tv yang terlekat kat dinding tu langsung tak dihidupkan. Walaupun tren ni adalah tren perjalanan malam, tak semestinya semua yang menaikinya akan tidur sehingga sampai ke destinasi. Habis, bagaimana pula dengan orang-orang yang macam aku? Terkebil-kebil tak tahu nak buat apa-apa...

Bagi yang bijak, masa sebeginilah waktu yang paling baik untuk membaca. Dan aku pula, memilih untuk menulis entry blog sendiri. Mengisi masa lapang yang ada. Perjalanan jauh sebegini, perlu diisi dengan perkara berfaedah sekiranya mata tidak mampu untuk dilelapkan...
 


Selalunya, aku memang jarang dapat tidur dalam perjalanan. Mungkin sebab aku takut terlepas tempat untuk aku berenti kot. Tapi, apa yang pasti, tidur di dalam perjalanan memang kurang selesa bagi aku. Daripada bangun dan sakit leher, lebih baik aku berjaga saja...
 


Pukul berapa akan sampai ke Ipoh, aku pun tak tau. Permulaan perjalanan pun sudah tertangguh selama sejam. Masalah teknikal katanya... Tapi tak tau la. Nak tak nak, terpaksalah percaya. Sepatutnya, tren bertolak jam 10 malam, tapi hanya pukul 11.30 malam baru tren dapat berlepas dari KL Sentral. Kemungkinan besar akan sampai di Ipoh jam 2 pagi... atau lewat...
 


Hmmmm... Apa lagi yang boleh aku buat? Facebook? Dah. Tweeter? Dah tak taw aku nak tweet apa. Nak Youtube plak, network plak slow. Maklumlah, liputan 3G makin lama makin berkurangan bila semakin naik ke utara... Mungkin aku terpaksa gak cuba melelapkan mata.


[via iPhone]
 

Location:Kuala Kubu Bharu,Malaysia