On my bed...

Lama dah tak hantar entry melalui iPhone. Apps yang ada dalam ni pun macam dah berhabuk tak digunakan. Mungkin sebab aku dah terlalu malas untuk membuat posting disebabkan kerja yang memerlukan perhatian yang lebih.

 

Kalau diikutkan, aku nak je terus tidur sebab kepala ni dah berdenyut-denyut disebabkan terlalu lama berada di dalam bilik berhawa dingin. Tapi entah kenapa mata ni tak mahu pulak tutup. Jadi, dalam masa bersenggang ni, saja je aku mencapai iPhone dan mula menaip. Apa isinya... Lantaklah... Janji boleh membawa tidur.

 

Menyambil tu, mata ni sikit-sikit melirik memandang tv yang sedang memasang cerita Harry Potter yang entah kali berapa aku tonton. Mungkin boleh membantu aku untuk cepat tidur...

 

 

Selamat malam semua. Dan selamat tidur!

[via iPhone]

 

Location:Jalan 3/48a,Kuala Lumpur,Malaysia