Kalau diikutkan, biskut kepala lutut ni bukanlah sedap sangat kalau dimakan begitu saja. Dah la keras, rasanya pun tak seberapa. Sebab tulah orang suka makan biskut ni dengan air kopi o panas… atau dengan apa² air panas yang lain… Semata² kerana hendakkan ada rasa di dalam biskut yang tawar tu. Di tambah pulak masa makan pada waktu hujan di waktu petang. Memang mengimbau kenangan waktu kecik²; makan menda yang sama…
Tapi bagi aku, biskut lutut ni lebih daripada makanan yang pernah dan slalu aku makan sewaktu dulu. Tapi biskut lutut ni adalah sebagai milestone tentang sesuatu yang bakal berlaku. Tentang berapa kuatkah kita berusaha untuk menjayakan apa telah dirancang, dan berapa banyak perkara yang kita korbankan untuk mendapatkan sesuatu.
Macam biskut lutut ni jugak, kalau kita makan ia saja, apa yang kita rasa hanyalah sebiji roti yang keras, tawar dan tak sedap. Tapi semua itu akan hilang dan biskut lutut yang keras ini akan terasa kesedapannya bila dicicah dalam air kopi o yang panas, pekat likat, hitam dan manis, untuk dinikmati bersama.
Jadi, adakah hidup kita ni umpama biskut lutut? Tanpa usaha dan pengorbanan yang berterusan, semuanya sama sepertinya, Keras, tawar dan tak sedap… Fikirkanlah!