Pagi raya 2010

thumbnail Hari Jumaat, 10 September 2010, jatuhlah hari dimana semua umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri, sebagai tanda kemenangan selepas menjalani ibadat puasa selama sebulan di bulan Ramadhan. Aku pun sama gak, sama menyambut hari kebesaran umat Islam ini… Alhamdulillah, selamat sudah ibadat puasa selama selama sebulan, menahan lapar dahaga…

 

Sama seperti orang lain, aku juga turut pulang ke kampung untuk meraikannya. Sudah menjadi satu tradisi untuk pulang beraya di kampung tiap tahun untuk bersama dengan mak dan ayah serta adik beradik.

 

Seperti biasa, pada hari raya yang pertama, kami akan bangun awal untuk pergi ke masjid untuk sembahyang sunat hari raya. Dan selepas pulang bersembahyang, bermulalah aktiviti meminta maaf kepada setiap ahli keluarga. Maklumlah, setahun telah berlalu dan banyak kesilapan yang telah dibuat sepanjang waktu itu. Inilah masanya untuk kami meminta maaf di atas setiap kesilapan yang telah dibuat. Dan di kala inilah, air mata mak akan bergenang…

 

Bila dah habis bermaaf²an, tiba pulak acara bergambar hari raya. Juga seperti dah menjadi tradisi kepada keluarga kami untuk bergambar disetiap pagi hari raya. Kalau pada hari raya yang lepas, kami dah puas bergambar di dalam rumah. Tapi pada tahun ni pula, kami sekeluarga ingin mencari kelainan dengan bergambar di luar rumah pula. Padang yang berdekatan dengan rumah, menjadi lokasi kami pada tahun ni.

 

Bermacam² pose dibuat, dari yang formal kepada yang santai. Bukan senang kami semua nak bergambar bersama² sebegini. Cuma pada hari raya sahaja kesempatan yang ada untuk kami bergambar bersama. Jadi, kami menggunakan waktu ini dengan sebaik mungkin… Tapi… Huhuhu… Gambar aku tak banyak dalam tu sebab aku jadik cameraman…
 

Pagi² raya dah main kiub rubik...

Mintak mahap ayah...

Pose santai...

Poser formal...

Pose giler²...

Hmmmm...

Pose ntahapehape...

Photo bom oleh adik² aku...

Laik fader laik san, soh raya kat rumah, kat jalan gak dia nak...

Time untuk menjerit...


p/s : Pagi raya korang lak, camne? Ke sama je macam aku dan keluarga?