JQZ’s Cameron Highland Trip 2010 – Part 6

banner copy

Cameron Highland – Day 3 (3 January, 2010)

Ini merupakan hari terakhir kami berada di Cameron. Memang la sedih nak meninggalkan tempat ni, bangalow yang kami duduk dan jugak suasana tinggal beramai-ramai. Tapi nak buat cemana, kena la jugak tinggalkan demi kerja dan kehidupan seharian…

Pepagi tu, macam semalamnya gak, ramai yang malas nak bangun awal. Sebab dah taw hari ni nak balik, tu la masing-masing malas jer nak bangun dari tempat tidur. Aku pun sama. Masih berselimutkan selimut harimau yang aku beli ari tu. Huhuhuhu… Sejuk pulak tu. Tak sanggup nak bangun…

Tapi, nak tak nak, terpaksa la semua yang malas-malas nak mandi tu mandi gak. Sebab hari dah meninggi. Yang paling last pun mandi lebih kurang jam 10.30 pagi. So, memang yang dah siap tu, mengemaskan ler bebarang untuk dibawak balik. Lelambat jer kemas sebab semua macam malas jer nak meninggalkan Cameron. Huaaaa…

Bila semua dah siap, dan disumbat dalam kereta, sessi penutupan trip pun dibuat. Macam yang sebelum ni, Ijat yang menutupkan majlis. So tahun ni pun sama gak, Ijat yang berucap kat semua sambil membentangkan majlis dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ni.

Tepat jam 12.00 tengahari kami semua mengosongkan bangalow dan berkumpul di perkarangan bangalow. Sessi bergambar terakhir lak kat depan rumah. Memang havoc habis time nih. Memacam pose kitaorang bagik untuk mengabdikan kenangan sepanjang kat sini.

Dah puas bergambar, barulah kami memulakan perjalanan ke KL semula. Tapi sepanjang penurunan kami dari Cameron tu, singgahlah kejap kat Lata Iskandar untuk membuang air secara beramai-ramai. Mana tak nyer, dalam kereta asyik dengan aktiviti menggelakkan Ijat tak habis-habis. Gelak dalam kereta macam nak rak. Last-last semua dah terasa nak terkucil. Terpaksalah berhenti kejap kat Lata Iskandar tu untuk ke tandas. Sambil tu, kami bergambar gak depan air terjun…

Lepas tu, kami memulakan semua perjalanan pulang ke KL. Lebih kurang jam 7.00 malam, barulah kami sampai di KL. Dimulakan dengan pendropan aku terlebih dahulu di GP, diikuti dengan yang lenglain… Maka dengan itu, tamatlah sudah trip kami ke Cameron Highland secara rasminya…

Ikuti part terakhir trip ni kemudian… Daaaa…