Cameron Highland - Day 1 (1 January, 2010)
Hari kami bermula bila semua dah bangun dari tidur dan masing-masing berebut nak mandi. Lebih kurang dalam pukul 7.00 pagi. Mana yang tengah menunggu giliran mandi tu, ada yang main dengan kucing, ada yang tengok tibi… yang paling awal mandi laks, si Ijat, gi mengemas beg-beg dalam kereta. Huhu… Penuh bahagian belakang Toyota Unser tu dengan beg pakaian dan beg hadiah kitaorang.
Lebih kurang jam 8.00 pagi tu, lepas semua persiapan siap, kami pun memulakan perjalanan ke RnR Rawang untuk rendezvous ngan Lan, Shahrul dengan Sue.
Sampai di RnR Rawang, dan selepas berjumpa dengan Lan, Shahrul ngan Sue, kitaorang pun bersarapan sekejap kat situ untuk mengalas perut. Bila semua dah kenyang dan ready untuk gi, mulalah kami memulakan perjalanan jauh kami untuk ke Cameron Highland. Memang perjalanan yang jauh dan memenatkan sehinggakan aku dengan yang lain tertido dalam kereta. Sekali lagi orkestra mula dimainkan sepanjang perjalanan yang panjang itu.
Dalam perjalanan naik ke Tanah Rata, kami semua singgah sekejap kat Cameron Bharat Plantation. Saja jer berhenti nak mengambil angin sejuk dan mengalas perut dengan kek dan teh panas. Ada gak yang membuang air sebelum kami meneruskan perjalanan ke Tanah Rata. Cameron Bharat Plantation merupakan persinggahan kami yang pertama di Cameron Highland ni. (^_^)
Lebih kurang dalam jam 12.30 tengahari, kami pun sampai di Tanah Rata, dan mula masuk ke perkarangan pejabat Mardi untuk check-in ke bangalow dua tingkat English Cottage. Bangalow ini adalah bangalow yang sama kami sewa tahun lepas. Memang best bangalow ni sebab tu kami sewa lagi sekali untuk kali kedua.
Lepas check-in dan memunggah barang semua ke dalam bangalow, kami rehat sekejap di dalam bilik memasing. Ada gak yang rehat kat ruang tamu jer, sambil bukak tingkap bebesar dan membiarkan angin sejuk masuk ke dalam rumah. Sejam kemudian, kami semua bersiap untuk ke kedai makan. Waktu ni lebih kurang jam 2.00 petang.
Lepas makan, kitaorang berjalan kejap kat kawasan tanah rata tu untuk mencari bahan-bahan untuk di masak petang tu. Kami bercadang untuk membuat bihun goreng dan barbeque ayam untuk makan malam. Ada jugaklah beberaa lagi makanan tambahan macam sandwich dan jagung bakar dan sosej untuk menambah menu yang sedia ada.
Post ni bersambung ke part seterusnya sebab terlalu panjang… Later!