Cameron Highland - Day 1 (1 January, 2010)
Habis sahaja kami membeli barangan dapur, kami terus pulang ke bangalow untuk meneruskan aktiviti malam pulak (tapi sebelum balik, singgah jap kat kedai runcit berdekatan bangalow nak beli roti, telur dengan mayonis). Lebih kurang jam 4.00 petang jugak lah kami sampai di bangalow dan memulakan sessi aktiviti pada hari pertama. Yang lelaki sibuk mengangkat dapur bakar untuk barbeque, manakala yang perempuan pulak sibuk dengan menyediakan bahan barbeque, dan bihun untuk di masak. Hehehe… Aku dengan Lia pulak sibuk dengan roti, telur dan mayonis kami untuk dibuat sandwich.
Aktiviti berterusan sehingga semua masakan siap (lebih kurang jam 7.00 malam).
Siap semua, kami pulak menyiapkan diri. Ada yang mandi, ada yang tukar baju… Yang tak der nak buat apa-apa, melayan PSP la jawabnya. Tak pun layan Astro. Lebih kurang jam 8.00 malam, kami pun mula makan malam dengan semua makanan yang kami sediakan. Sambil makan tu, kami mula menyediakan barang untuk aktiviti seterusnya…
Aktiviti seterusnya adalah bertukar-tukar hadiah. Acara yang memang memang dah menjadi tradisi Jaquezee dari dahulu. So, acara ni berjalan berselang-seli dengan acara bergambar dan gelak ketawa. Aktiviti bertukar hadiah ni berlangsung sehinggalah tengah malam…
Selepas habis acara bertukar hadiah lebih kurang jam 12.30 malam, masing-masing dah mula mengantuk dan hari pertama kami di Cameron Highland pun tamat.