Hahaha… Mintak mahap la yer. Aku ter berhenti sekejap menceritakan tentang trip kami Jaquezeean ke Cameron Highland hari tu. Terbizi sekejap… So sekarang, aku sambung balik yer… Terima kasih pada yang sudi menunggu…
Cameron Highland – Day 2 (2 January, 2010)
Kami semua bangun awal pagi lebih kurang jam 7.30 pagi, Tapi rata-rata, semua Jaquezeean semua malas nak bangun awal. Mana tak nya, semuanya masih lagi berkelubung dengan selimut dan baju sejuk sebab pagi tu sememangnya sejuk nak mampos. So, semua yang ada take turn mandi air panas kat bilik air. Tapi air panas tu pun dah tak jadik apa, air tetap sejuk gak. Heater tu rosak kot. Huhuhuhu…
Kami memulakan hari dengan makan sarapan dahulu. Ijat dan Man serta Bard telah mengofferkan diri untuk membeli nasi lemak. Manakala yang lain pula, take turn untuk buat air dan yang selebihnya meneruskan aktiviti memandikan diri. Bila semua dah makan, turn kami mula berjalan. Hahaha… Aktiviti paling ditunggu.
Jam lebih kurang 9 pagi semasa kami memulakan tour di kawasan Mardi tu. Memang lengkap semua menda kat Mardi ni. Dari ladang teh, ke ladang sayur… Bunga-bungaan sehinggalah ke pokok epal, anggur dan strawberri.
Apa yang menjadi aktiviti paling lama kami adalah sessi bergambar dengan bunga-bungaan di kawasan kaki bukit. Bermacam-macam bunga yang tak pernah kami tengok ada kat situ. Masing-masing jakun dengan setiap bunga yang ada. Kalau boleh nak bergambar dengan semua bunga yang tak pernah pun dilihat sebelum ni.
Kami kemudian memanjat bukit dicelah-celah pokok teh untuk sampai ke pondok rehat di atas. Bukit ini memang agak tinggi menyebabkan semua termengah-mengah nak sampai ke pondok tersebut. Nasib baik ada anak-anak tangga, kalau tak, ada jugak yang tergolek ke bawah. Bila sampai ke atas, sessi bergambar sekali lagi diadakan. Memang semua hantu bergambar betul!
Hehehe… Maaflah semua. Kena bersambung lagi la. Sebab kalo panjang sangat aku tulis, Live Writer nih tak bagik aku publish la. So kena pendek-pendekkan. Esok aku sambung lagi cerita tentang trip nih! Later yah! See you soon…