JQZ’s Cameron Highland Trip 2010 – Part 5

banner copy

Cameron Highland – Day 2 (2 January, 2010)

Dah penat bergambo sakan kat atas puncak bukit tu, aku dengan Jaquezeean yang lain pun mula menuruni bukit dan bergerak ke kawasan lain yang masih belum diterokai. Bagi kami yang pernah sampai sebelumnya, tak berapa eager nak meneruskan penerokaan sebab dah taw apa yang ada. Cuma Adie ngan Lia ajer la yang banyak habiskan masa kat tempat lain yang belum derang lawat. Bergambar bagai…

Kami lak yang dah penat naik turun bukit, berhenti jap pekena dadih strawberry. Memang sedap. Sesambil makan dadih tu, kitaorang menunggu yang lenlain sampai kat bangalow untuk sessi yang seterusnya. Berjalan ke Brincang. Kawasan atas sedikit dari Tanah Rata di mana bangalow kami berada.

Bila semua dah ready, kami pun memulakan perjalanan ke kedai bunga. Aku pun dah lupa apa nama tempat tu. Yang aku ingat nama dia ada la Central central gitu. Memang aku dah lupa nama dia. Memang kawasan tempat penjualan bunga hiasan terbesar kat sini. Memacam jenis bunga boleh di dapati. Selain dari bunga, ada jugak di jual bebarang cenderamata yang lain. Tapi, kami datang sini nak tengok-tengok jer. Tak der sesapa yang membeli bunga pon…

Kendian, kami semua bergerak ke ladang Boh pulak. Memang kawasan popular kat Cameron nih. Tak sah datang Cameron kalo tak gi ladang Boh. Sesampai kat sana, hujan rintik mula turun. Nasib baik tak lebat… Sempat gak kami semua sampai ke atas kilang dan kemudian minum sekejap kat cafeteria Boh tu. Orang jangan cakap la. Ramai giler. Patut la dah tak berapa sejuk kat sini. Huhu…

Habis sahaja lawatan kami ke Boh, perut memasing dah berbunyik tanda dah lapar. Kami turun semula ke Tanah Rata untuk makan. Kemudian, lepas kami semua kenyang, kami naik semula ke Brincang untuk ke Pasar Malam. Kami tak jadi untuk ke Pasar Malam di waktu malam sebab ada di antara kami yang sudah penat dan pening-pening. Maklumlah Shahrul ketika ni tengah mabuk bawaan budak. Nak tak nak, kami terpaksalah mengubah plan dan pergi ke Pasar Malam di petang itu.

Siap sahaja membeli-belah di sana, kami pun pulang ke bangalow. Waktu tu lebih kurang jam 6.00 petang more or less. Persediaan malam mula dijalankan. Menu malam ni adalah bihun sup sayuran. Mmmmm… Sungguh hijau sup itu. Hahahaha… Kami makan beramai-ramai di rumah sebelah di mana ayah dan ibu Shahrul turut menyewa bangalow di sebelah. Sambil makan, kami menonton pertandingan akhir Idola Kecil. Ingat dulu masa kali pertama kami datang ke Cameron, kami menonton pertandingan akhir Raja Lawak.

Habis sahaja makan malam, kami semua balik semula ke bangalow kami. Tak ada aktiviti untuk malam itu disebabkan masing-masing terlalu penat dengan aktiviti siang tadi. Untuk memenuhkan masa yang tinggal, ada yang bermain PSP dan tak tinggal juga game kegemaran kami; Uno. Lebih kurang jam 1.00 pagi, semua sudah masuk tidur… Kepenatan…