Susah kalau ada satu² perkara tu melibatkan hati dan perasaan. Tambahan pula perkara itu berkaitan dengan cinta. If it not mutual, one party will go on hoping and longing until the other one accept it. Itu pun kalau diterima, kalau tidak? Makan hati berulam jantunglah sehingga masa memulihkan segalanya…
You jump, I jump…
Selalunya, cinta yang bertepuk sebelah tangan ni, pasti akan membuatkan sesorang merana kerana harapan menggunung hancur berkecai. Sehinggakan sanggup untuk berpindah atau pun menghilangkan diri daripada pandangan mata orang yang dikasihinya. Semunya semata² kerana tidak mahu untuk mengenang kembali saat² memendam perasaan yang terlalu lama kepadanya. Mungkin juga kerana tidak mahu mengingatkan kembali saat² cinta yang diucapkan tidak diterima. Mungkin juga kerana perasaan malu, malu untuk kembali bersemuka dengannya. Dan sekali lagi, ketakutan yang sama membayangi aku.
Tapi, apa kena mengena semua ni dengan aku? Hehe… Agak tak releven benda tu dengan aku kerana pada aku, cinta menyintai ini adalah satu perkara remeh yang kadang-kala menyusahkan. Tu pada pendapat aku la. Tapi, bila berbicara tentang cinta, semua orang akan merasainya. Tidak terkecuali aku. Yang cantik ke (tu memang dah lumrah), yang kurang cantik ke, perasaan itu tetap akan datang juga, dengan rela atau tidak. You’ll be hopeless once love already blinded your day in and day out.
So, terus terang aku bercakap dengan korang, aku memang dah jatuh cinta dengan seseorang. Satu perkara yang sudah lama aku lupakan, tapi ianya datang juga menjengah hati aku sekali lagi. Memang betul apa yang orang cakap. Kalau cinta dah datang, di ceruk mana pun kita berada ianya tetap akan dirasai. Tak dapat nak dipaksa². Walau macam mana sekali pun otak cuba untuk menafikannya, hati tetap akan berkata ya. Ya, ya dan ya. Tak mampu untuk menipu diri sendiri jika cinta dah hadir di dalam hati.
Jadi, apa langkah seterusnya? Berterus-terang? Beritahu apa yang aku rasa? Hohoho… Mungkin tidak! Aku tidak mahu perkara lama berulang buat kali keduanya. Cukuplah pengalaman aku yang lepas² mengajar aku bagaimana peritnya untuk menerima suatu tolakan yang meninggalkan kesannya sampai sekarang. Biarlah mereka (yang dulu) bahagia dengan orang yang mampu memberi kebahagian mutlak, daripada aku yang hanya seperti melukut sahaja di tepi gantang. Tak mampu memberikan kebahagiaan dan kegembiraan berpanjangan. Pengalaman mengajar aku segala²nya!
Tapi aku tak menolak untuk melakukan perkara yang sama. Tapi kali ini, mungkin aku akan memberitahunya apabila masa dan ketikanya sesuai. Keadaan juga mungkin akan memberi peratusan kepada keputusan aku untuk memberitahunya. If everything goes well according to the conditions, finger cross and hope to get lucky this time. But I won’t put my hopes too high, because I know… I know the result won’t make any changes. But, this time, if ever it happen again, if…, I won’t get too heart-broken (well, maybe on the short run!). I think I still can put a smile on my face and forget it like it never ever happen…
Tapi tu semua assumption aku jer la! Tu pun kalau aku berani nak beritahu! Kalau tak, pandang dari jauh jer la. Walaupun hati ni meronta² untuk mengetahui bagaimana perasaan orang itu terhadap aku…. Hemmm… (T_T)
Yup! Cinta memang menyusahkan. Lebih² lagi buat orang seperti aku. Perasaan tak tenang, tak tenteram, fikiran asyik terfikirkan orang yang telah berjaya mencuri hati aku. Cinta membuatkan aku menjadi seorang yang pendiam sedangkan pada hari² biasa aku kekal ceria dan bertenaga. Cinta membuatkan aku terasa lemah sehinggakan hendak mengangkat sebatang pensil pun tak larat. Kenapa? Fikiran asyik melayang² mengenang orang itu. Termenung sana, termenung sini… Nak makan pun kadang² lupa. Bila terasa perut ni pedih, barulah perasan yang aku tak makan semenjak breakfast tadik…
Cinta kadang² menyusahkan tambahan bila orang yang kita minat berada di hadapan mata setiap hari. Perubahan fizikal serta merta yang kadang-kala membuatkan orang sekeliling terperasan dengan perubahan yang sedang berlaku. Mana tak nya. Bila orang yang aku minat lalu-lalang, dan kadang-kala memandang aku dengan mata yang sayup kuyu, ditambah pula dengan senyuman yang meruntun, membuatkan muka tiba² menjadi merah padam. Terasa seperti darah satu badan semuanya mengalir di muka. Tu yang membuatkan peluh sejuk kadang-kala meleleh tanpa sebab. Mulalah orang bertanya…
Hati pulak asyik berdebar². Makin dekat orang tu, semakin laju dia berdegup. Mulalah tak tentu hala kerja dibuatnya. Bila dah jadik macam tu, secara automatiknya akan cuba menjaga perlakuan dan perbuatan sebaik habis. Kononnya nak menunjukkan diri tu adalah yang terbaik. Percakapan pulak, sekali lagi akan menjadi suara romantis sehabis boleh! Pelikkan penangan cinta ni? Bila cinta datang menjengah, secara spontan akan menjadikan seseorang tu hipokrit!
Kalau dulu nak kentut, kentut ajer. Kalau nak batuk, tak payah tahan²… Semua perbuatan buruk sebolehnya nak disembunyikan dan tunjukkan yang terbaik. Dari seorang yang tak kesah dengan keadaan sekeliling tiba² bertukar menjadi seorang yang penyayang… Kalau dengan bebudak jadik seorang yang suka bebudak (tapi yang ni aku tak boleh nafi, aku memang suka budak²! hahahaha…. they cute like I want to eat them :p ). Yang litter-bugs pulak jadik seorang yang pencinta alam semesta. Yang lokek terus jadik seorang yang budiman. Huhuhu… Love is such a wonder… It can temporarily change people in such a short time.
Urghhhh… Aku benci bila cinta datang lagi! Aku benci bila perasaan yang satu ni ko usik… Kenapalah ko datang dekat dengan aku! Kenapa hati aku ni jugak yang ko curik, lepas tu ko buat² tak tau ek? Kenapalah kalau aku toleh kanan, toleh kiri, aku akan terbayangkan ko, ternampak² ko? Tak der orang lain ke? Aku benci betol. Kenapalah ko yang datang dalam idop aku?…
Benci betul aku dengan benda yang bernama cinta ni. Tapi… perasaan cinta ni lah yang membuatkan aku rasa bersemangat setiap hari… (T_T)
Sekali lagi, aku sedang menghadapi mental breakdown! Tolong… Aku nak berjumpa dengan shrink la lepas ni…
p/s: Tetiba teringat kaler pink. Ape ke hal?