Perkhidmatan ditamatkan…

Dah lama aku menggunakan pas LRT untuk ke pejabat sepanjang 2 tahun ni. Dari Bandar Baru Sentul ke Ampang. Dari Ampang ke Bandar Baru Sentul… Setiap hari… Dan pada hari ini, maka rasmilah aku menghentikan penggunaan LRT untuk ke Ampang. Semuanya kerana aku akan berpindah pejabat berdekatan dengan Hospital Tawakal. Maka sementara untuk berpindah ni, aku akan membeli tiket di kaunter sahaja. Rasa macam tak best pulak… Huhu…