Semakin dekat tarikh nak berpindah, makin banyak pulak kerja yang tak bersangkut paut dengan kerja hakiki aku kat sepital. Terus terang aku cakap, aku dah penat nak melayan. Dah penat aku nak memuaskan hati semua orang. Jadik, selepas aku berpindah office nanti, aku akan…
Tunggu selepas iklan… Eh! Jump!… Hehehe…
… menghantar surat perletakan jawatan aku selaku AJK Kelab Sukan dan Rekreasi. Miahahahaha… Tak der la suspen mana pun. Bukan letak jawatan kat Ampang Puteri ek! Aku dah penat nak turun naik office ke miting. Malas dah nak membuat kerja yang selalunya diberikan last minit. Boring dah nak perah idea nak buat poster² itu ini.
Ni dah pindah nanti, apa ke jadah aku nak ulang alik dari Titiwangsa ke Ampang Puteri. Buang maso den yo! Sendiri mau ingat la kalo dah jauh macam tu, takkan la aku nak gi ke Ampang Puteri setiap kali ada miting KSR. Sedikit sebanyak mengganggu perjalanan kerja aku kat office.
Jadik, sebelum aku menyerahkan surat perletakkan jawatan aku tu, aku akan teruskan dengan kerja² aku di KSR sebagai “Menteri Penerangan” sehinggalah habis projek yang bakal dijalankan pada 19hb Julai nanti. KPJ Ampang Puteri Family Health Day. Akan dibuat dekat Astaka Taman Tasik Titiwangsa. So, aku selaku “Menteri Penerangan” kenalah buat promosi besar²an dekat Hospital untuk mewar²kan semua aktiviti yang bakal dijalankan kepada seisi warga kerja Ampang Puteri.
So, kerja akulah nak buat poster, banner dan seangkatan dengannya supaya warga kerja Ampang Puteri aware dengan aktiviti yang akan dijalankan. So, setakat nih, aku dah buat 1 poster gergasi, 7 keping poster, flyerz dan beberapa teaser diletakkan kat tempat strategik supaya semua orang boleh nampak. Dan alhamdulillah, ramai yang dah tau mengenai aktiviti tu. Berkesan jugak la promosi dan kempen aku untuk menda tu.
Cuma aku tak berapa puas hati sebab aku tak dapat nak jalankan beberapa promosi ala² guerilla kat hospital yang sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan kat sesapa yang tengok. Tapi semua tu tak menjadi sebab dah dapat warning supaya tak meneruskannya. Frust la aku! Konon nak suruh aku buat promosi besar²an, tapi had kreativiti aku dihadkan! Hmmmm… Ambek la mana yang ada! Tapi, dengan promosi mana yang ada pun, 600++ jugak yang dah konfirmkan kehadiran tu nanti. Bayangkan la kalo aku buat promosi ala² guerilla. Mau gak 1000++ yang datang!