Ini merupakan kali kedua attemp aku untuk menulis entry yang sama. Siyot betul. Kali pertama, baik jer aku menulis panjang² macam nak tulis esei, last² application menulis blog yang slalu aku guna not responding. Tunggu gak 2-3 minit, tapi apa ke hal bila dah sampai 10 minit tak respond² pun. terus aku tutup dengan harapan program tu akan auto-save macam yang dalam website nyer. Hampeh! Tak der pon. Terpaksalah aku menaip sekali lagi entry yang sama untuk kali kedua. Tak tau la isi kandungan dia akan sama atau maksud yang hendak disampaikan tu masih mengekalkan keasliannya. Hmmmph… Tensen jap aku! Tapi tak per, aku tulis balik memandangkan aku tengah mood baik ni. Ye la, baru bangun tidur dengan mimpi yang “agak indah”… Hehehe…
Jadi, monolog aku untuk kali ni adalah mengenai…
Jom lompat bersama ke kancah pemikiran aku…
Kawen… Huhu… Sebolehnya, kalau ada sesiapa yang bertanyakan soalan ni pada aku, seboleh²nya aku nak mengelak menjawab. Sebab apa? Sebab aku dah bosan! Bosan menjawab persoalan yang boleh dikatakan sama setiap kali berjumpa dengan kengkawan lama, berjumpa dengan sanak saudara… malah dengan mak ayah aku sendiri. Nasib baiklah adik beradik aku tak sangat nak bertanya tentang hal tu. Bukannya apa, aku dah letih mendengar soalan berkenaan dengan soal kawen ni. Tak ada soalan lain ke? Contohnya, “bila nak gi Jepun” ke? Seronok la sikit nak jawab. kang tak pasal² dia pulak yang naik meluat nak mendengar jawapan aku tu ha! Ini pasal kawen, adeh! Longlai jap kaki aku sebab tak tau nak jawab macam mana lagi…
Memanglah kawen tu baik. Membina masjid dan menambah umat Islam. Tapi dah belum jodoh nak buat macam mana. Sebab aku tak cari? Memang pun, sebab aku malas nak mencari. Sebab aku memilih? Tak jugak. Mungkin ada beberapa sebab kenapa aku tak cari… Dan jawapan dia mungkin akan mengejutkan atau tak masuk dek akal. So, cerita hari ni, aku nak terangkan kenapa aku masih tak kawen… Hehehe… Macam best² jer kan?
Faktor pertama mungkin sebab aku takut kot. Hehehe… takut? Nak kawen pun takut? Takut malam pertama ke? oooOOOooo tidak. Itu bukan sebab utamanya kenapa aku takut. Aku takut sebab aku tak berjaya nak menjawab beberapa persoalan yang selalu berlegar² dalam kepala hotak aku ni tentang beberapa perkara selepas berkahwin. Antaranya; adakah aku akan menjadi seorang suami yang baik? Adakah aku akan menjadi seorang suami yang bertanggungjawab? Mampukah aku memberi kebahagiaan kepada orang yang bakal aku kahwini… sanggupkah aku menanggung dosa² ahli keluarga aku apabila aku menjadi ketua keluarga nanti. Mampukah aku memberikan kesenangan kepada ahli keluarga aku? Dan bila dah ada anak nanti, mampukah aku menjadi seorang ayah yang baik?
Part jadi ayah tu, aku boleh la jawab sebab aku memang sukakan budak² dan aku memang teringin nak anak sendiri (walaupun tak yah kawen! boleh ke? hehu… anak angkat la tu!) Tapi soalan² yang lain tu, susah sikit aku nak jawab. Ye la, aku tuan punya badan, aku tau la diri aku cemana. Pada mata aku mungkin aku dah buat yang terbaik, tapi pada pandangan mata orang aku tak tau. Benda yang aku fikir mungkin the best, mungkin sesuatu yang lacking pada orang yang aku akan kahwini. Aku tak naklah orang yang aku kahwin tu akan terasa bebanan dan sesalan menjadikan aku suami dan tempat dia berteduh. So, bila dah jadi macam tu, perasaan bersalah aku mungkin akan membelenggu aku selamanya.
Mungkin ada yang akan berkata, kalau tak cuba mana nak tau. Memang betul aku tak nafikan benda tu. Tapi entahlah… Mencuba sesuatu yang baru, selalunya adalah perkara yang susah untuk diterima setengah orang termasuklah aku. Dan kebiasaan aku menjadi seorang bujangan dah sebati dengan hidup aku. Period! Well, tengoklah berapa ramai lelaki yang dah kawen teringin nak membujang balik. Tinggalkan isteri dan anak di rumah. jadi biarlah aku membujang dulu sampai tiba masanya. Tak menyusahkan sesiapa… Nak balik tengah malam ke, tak balik makan ke, nak berkawan dengan sesiapa ke… Pergi dengan siapa… Hah! Kalau ada yang sakit hati pun setakat housemate jer dan paling senang bila ditanya, senang jer nak jawab, “ada aku kesah?”
Faktor kedua adalah mengenai perihal kewangan. Kalau dulu tak makan, sendirilah pikir macam mana nak isi perut tu, pinjam duit ke, ikat perut ke… Bila dah kawen, 2 perut kena fikir. Kalau dah ada anak, tambahlah berapa perut anak yang kosong tu. Belum lagi keperluan yang lain. Barang keperluan rumah, barang dapur, susu anak, pampers… Adeh! Banyak pulak nak kena fikir. Gaji RM3000 pun tak cukup macam tu. Rumah lagi, kenderaan lagi… Pikir pasal tu pun dah tensen aku. Tu bila dah kawen. Kalau berkahwin dengan isteri yang bekerja tak per la jugak, kurang sikit jer ketensenan tu. Kalau tak? Hmmm… Bukan aku nak memperlekehkan, tapi, jenis orang yang macam aku ni tak boleh nak tension sikit, jadik pelik la perangai aku! Mulalah buat benda merepek.
So, aku yang masih bujangan ni, time nak kawen pun kena gak pikir pasal kewangan bila dah tiba masanya. Kalau kawen setakat 2-3 ratus jer tak apa. Buat jer kenduri doa selamat. Ni dah umur macam ni, dah tentulah ramai yang teringin nak tengok aku naik pelamin. Doa selamat jer mana cukup. Paling idak pun kena tumbang lembu sekor. Riban² mau gak ada. Belum lagi duit hantaran, hantaran itu ini, dan 1001 macam lagik la semata² nak memenuhi adat orang Melayu. Ye la. Kan dah terkenal satu dunia bahawa perkahwinan masyarakat Melayu ni adalah antara perkahwinan paling mahal di dunia selepas masyarakat India. So faham² ajer la! Kawen ni bukan untuk 1 atau 2, 3 tahun. Kalau boleh, nak berkekalan sampai akhir hayat. Kalau perkahwinan tu terhenti di tengah jalan, tak ke rasa kerugian? Disusul pulak dengan masalah² lain lepas tu? Baik aku kumpul duit beli rumah ke, kereta ke…
Jadik takut aku pada perkahwinan bila jadik perkara macam tu. Keadaan sekeliling aku pulak dah membuktikan tentang perkara yang aku maksudkan. Bukan untuk membuka pekung di dada. Tetapi aku menjadikannya iktibar dalam hidup aku dan seterusnya menjadikan aku seorang yang pessimist tentang soal kawen ni. Atau aku ke yang salah?
Rasanya, itulah 2 faktor penyebab utama kenapa aku tak kawen² sampai sekarang. Bukan tak nak, bukan tak mahu atau bukan tak berkeinginan. Mungkin aku boleh katakan masanya masih belum tiba untuk aku mendirikan sebuah masjid. Aku senang hidup sendiri pada masa ini. Aku senang dengan keadaan yang sedang aku nikmati dan kalau boleh, aku tak nak keluar dari comfort zone ni. Banyak yang aku dah fikirkan dan jalan yang terbaik, mungkin dengan hidup bujang.
Bukan tak sunyi, bukan tak terasa keseorangan. Sikit pun aku tak suka rasa lonely. Tipulah aku kalau hidup ni tak nak berteman. Tak nak tempat bermanja, tak nak tempat mengadu, teman untuk bertengkar, merajuk, berkongsi dan bersama. Semuanya aku nak. Semuanya nak aku rasa. Aku ni manusia biasa. Aku bukanlah robot yang tak mempunyai perasaan. Kalau aku ni robot, tak perlu aku fikir benda² ni semua. Dan tak perlu aku nak ambil pusing apa yang orang perkatakan tentang aku. Buang masa dan karan je. Baik buat kerja kerja kerja je.
Bila tengok kengkawan lain yang dah berkawen tu, tambah yang dah ada anak, iri banget sih. Hampir complete dah perjalanan hidup derang dan mengharungi hidup untuk menjadi tua bersama. Tapi tu lah. Bila memikirkan tentang 2 perkara tadi yang menjadikan aku berfikir 2 kali. Berkawen atau tak. Bujang atau berdua… Arghhh,,, Pening dah kepala aku!
Nak berdua pun satu hal. Ada ke orang nak kat aku? Hahahaha… Tu pun menjadi tanda soal yang agak besar dalam batu jemala aku nih. Macam tak der jer. Yelah! Aku tau aku ni sapa. Nak kata hensome, jaun panggang dari api. Gemok pulak tu. Orang yang nak kat aku tu pun mungkin pikir 2-3 kali. Hehehe… Ye lah, dah lumrah manusia dari azali memang sukakan menda² yang cantik. Kalau aku memilih yang cantik, dah semestinya orang lain pun nak yang cantik jugak. Semuanya macam mathematical equation gak. Positif dengan negetif leeds to negetif. Negetif to positif leeds to negetif too. Postif dengan positif barulah positif. Sama gak dengan negetif, sesama negetif leed to positif. Hehu… Tapi ada ke yang nak dengan negetif? Maksud aku yang kureng ni la! Jangan tipu la! Jangan nak tipu diri sendiri! Tapi tu la hakikatnya!
Dan bila aku cakap aku ni memilih, mungkin jugak! Tapi memilih aku ni bersebab, dan sebabnya dah pun aku nyatakan tadi. Tapi… ada gak tapinya. Tapi aku tak lah menjadikannya alasan. Aku memilih SESIAPA sahaja, asalkan dia dapat menerima aku sebagaimana aku sekarang. Menerima aku seadanya aku (geli pulak aku dengar ayat aku yang satu nih!). Dan dia akan menjadi orang yang paling bahagia dalam dunia ni! (Wahahahahaha… Ni ayat mengiklankan diri nih) Tapi tu la… Ada ke? Biarlah! Malas aku nak pikir. Kalau ada, ada lah. Kalau tak der pun tak per, aku senyap jer. Macam sekarang ni!
Kalau nak diikutkan, banyak lagi yang aku nak tulis. Tapi aku dah tak der idea nak buat ayat. Tunggulah monolog aku yang seterusnya nanti. Banyak lah menda yang aku nak sampaikan. Tapi sebelum aku menghabiskan entry ni, aku nak tanya satu soklan. Tu pun kalo korang nak jawab. Jawab dalam hati pun tak per. Soklannya, “tak salahkan kalo aku berbujangan lama², atau selamanya? Atau salah ke aku?” Hmmm…
Kalo ada sesapa yang terasa dengan entry ni, aku mintak mahap bebanyak. Tak terpikir pun buat macam tu. It was just my 50 cents. Menda yang manjadi buah pikiran aku!
p/s: “Hidup sorang lagi best”, tu lah ungkapan seseorang yang aku kenal. Mungkin dia faham, kot! (^_^)