Credit Control Family Day 2009 – Bahagian 2

Pagi tu, aku bangun awal. Awal macam mana aku bangun awal nak gi kerja. Huh! Time aku bangun nih, baru terasa sejuk nak mampos. Selimut pun otomatik menutupi badan. Slalu aku jarang pakai selimut nih. Rimas. Entah pukul berapa ntah aku pakai selimut tuh… Hehehehe… Aku toleh tengok adik aku, baik jer dia tido dengan baju sejuk dia ditambang pulak dengan selimut yang ada…

Post penuh selepas jump…

Aku ingatkan aku sorang jer yang bangun awal. Bila aku keluar dari bilik dan landing baik punyer kat sofa, tetiba Kak Shima pun sama keluar dari bilik. Belom mandi lagik. Tuala atas kepala macam aku gak. Konon nak gi mandi. Tapi mata ni ngantuk lagik. Pejam sekejap kat sofa tu, tapi tak lama sebab Kak Shima mengajak borak. Hehu!!! Tak lama lepas tu, Lisya pulak keluar… Borak pagi ler kiteorang. Borak punya borak, jam dah pukul 8.30 pagi. Ada dah yang telefon soh gi rumah banglow Kak Jun. Sarapan dah siap katanya.

Cecepat kitaorang mandi, pastu bergerak ke rumah banglow Kak June. Sampai jer kat sana, ramai dah yang dah ready nak bersarapan. En. Fendi dan keluarga, Man dan lelain. Kitaorang yang paling lambat sampai. Hehehehe… Lantok ler. Sepatutnya, ada aktiviti pukul 8.00 pagi tadik. Tapi biasalah. Pukul 9.30 pagi baru setat.

Pagi ni, derang dah menyediakan game pagi sebagaimana Hari Keluarga tahun lepas. So, reramailah turun ke padang bersama² dengan anak² memasing. Dan bermulalah game pagi tu…

Game pertama yang derang buat ialah memasukkan air dalam botol guna span. Memula kanak² punya acara, lepas tu pulak yang dewasa pulak. Yang dewasa yang susah sikit la berbanding dengan yang kanak² punya. Habis game tu, game kedua pulak bermula. Kali ni, game ala² bowling pulak. Kena jatuhkan botol² berisi air dengan bola tennis. Bermula jugak dengan kategori kanak², kemudian yang dewasa pulak. Sekali lagi yang dewasa punya susah sikit la. Dia twist sikit. Kena jatuhkan botol² tu dengan bola tennis secara menonggeng… Hahahahaha… Kelako sungguh.

Habis jer dua game tu, game ketiga pulak bermula. Game ketiga ni kena pakai swimming pool. So, naik lah kitaorang ke kawasan BBQ malan tadik untuk acara game terakhir. So, game ni adalah acara mencari duit syiling 50 sen dalam swimming pool tu. Sapa dapat carik dia menang. Hehehe… Masing² cuba menjadi perenang terbaik untuk mencari duit syiling 50 sen tu.

Game yang terakhir tu memandakan habislah acara Hari Keluarga Credit Control 2009 ni. Kemudian, acara pemberian hadiah pulak. Hadiah sama jer semua sebenarnya. Tapi, nak la something buat tanda kenangan. Sambil tu, kitaorang buat jugak majlis farewell untuk Kak June sebab dia dah tak lagi bersama dengan kitaorang lagik sebab dia berhenti dan akan mula bekerja di hospital lain. Ada la kitaorang bagik dia sesuatu sebagai tanda kenangan.

Semua ala² simple sebab nak fun ajer sebenarnya. Dan yang penting bertugether-gather. Tak ada acara pun okay sebenarnya. Tapi kalo ada acara meriahlah sikit. So, lepas habis game, acara bebas kat bangalow memasing sampailah kitaorang kena check-out pukul 2.00 petangnya.

Balik rumah apa lagi. Acara mandi kolam la. Kali ni lebih meriah daripada mandi petang semalam. Ada yang dari rumah bangalow lain datang meumpang mandi kat rumah yang aku duduk. Agak havoc jugak la. Tambah pulak dengan kanak² yang sama ada dalam kolam tu… Hehehehehe…

Jam 2.30 petang, selepas semua siap, kitaorang pun tinggalkan rumah tu menuju ke banglow Kak June untuk menyerahkan kunci, Dan kami kemudiannya pulang ke rumah masing². Semua dah penat… Esoknya nak kerja lagi. Baik balik tidor jer… Hehehehe… Tamatlah sudah Hari Keluarga Credit Control tahun ni. Tahun depan ada lagik. Kat mana? Entahlah…