Tiga titik... Pastinya akan berterusan sekiranya jalan cerita yang masih lagi kelam dan kabur, tergantung² tanpa penyudah dan ketiadaan ilham untuk mengakhirinya. Namun, satu titik itu yang disangkakan sudah pun sampai penghujungnya, tidak mungkin akan bermakna sekiranya keseluruhan dianggap tidak begitu indah susunannya. Penuh dengan idea yang mati dan sudah lapuk, kembali membuka jalan kepada tiga titik untuk terus bersarang...
Pada aku, tiga titik ini adakalanya menyenangkan, kadang-kala ianya merentap akal dan fikiran semata² untuk mendekati satu titik itu.
p/s: Masih lagi dengan tiga titik...