Shah Alam...

Shah Alam... Tu le destinasi aku ari ni. Memula, aku memang tak ada plan nak gi ke sana. Tapi disebabkan aku kena mengambil beberapa dokumen disalah sebuah company yang aku jaga, aku pun mengikutlah salah seorang kawan sepejabat aku yang kebetulan nak ke sana.

Sebenarnya, aku dah lama tak menjejakkan kaki ke Shah Alam ni. Kali terakhir aku ke sana, jika tak silap aku adalah pada abad yang lepas. Seronok gak dapat tengok Masjid Shah Alam ni balik... Hehehehe... Jakun jap!






Sempat gak aku men'snap' gambar Masjid Shah Alam ni.


Aku dengan rakan sepejabat aku keluar dari ofis dalam jam 10.30 pagi. Selepas bersarapan sekejap, kami berdua terus menuju ke Shah Alam. Singgah sebentar beberapa company yang dia jaga dan kemudian akhir sekali barulah kami menuju ke company yang aku jaga itu.

Punyalah payah nak mencari company aku yang satu ni. Maklumlah, aku memang tak pernah pergi pun company yang satu ni. Mana tak nya... Sebelum ni, semua dokumen dari company ini dipos sahaja. Tapi, disebabkan aku nak ambil tahu di mana company ni berada, terpaksalah aku dan rakan sepejabat aku ni berpusing sekitar seksyen 27 dan mencari company tersebut.

Mau gak makan masa sejam mencari company yang satu ni. Huhuhuhu... Dah la panas!!! Mati kering aku dalam kereta. Hahahaha... Akhirnya selepas habis RM10 ringgit aku menelefon company tu, sampai jugalah kami. Mak datuk! Jauh giler destinasi. Ceruk tah mana²!... Habis je aku punya business kat situ, kami pun pulang semula ke Ampang. Dalam kul 4.10 petang gak la sampai. Adeh! Lama no!

Penat, tapi berbaloi bagi aku!