Oleh kerana kemaruk aku menjadi² seolah² aku ni macam pempuan yang mengandung tengah mengidam. So, selepas aku balik kerja semalam, terus aku pergi ke pasaraya yang berhampiran, terus aku bershopping-shoppan membeli barang² untuk memasak spagetti... Aku beli sebungkus spegetti, beli minched beef, minyak dan segala bahan yang boleh aku campak dalam kuali, then terus aku bayar, balik dan terus mengadap dapur untuk memasak speggetti yang aku kemarukkan itu!
Selepas jer memasak sos speggetti yang cenggitu² je rasanya tapi besh, aku terus rebus speggetti dalam periuk besar dan tunggu selama 20 menit sebelum aku dapat menikmati speggetti tu. Mak aih! Sampai menjilat siku aku makan menda tu. Abis ilang semua kemarukkan yang ada dalam diri sejak dari pagi tadik...
Sampailah masa untuk aku tidur, speggetti yang aku masak masih lagi banyak tak berusik. Masuk dalam fridge dan tak tau bila lagi akan aku jamah menda tu. Sebab dah terlampau kenyang!!! Huhuhuhu...
Moralnya: Jangan la ikut perasaan! Simpan jer kemaruk tu untuk esok pulak, mana tau boleh jumpa kedai pasta yang sedap... Tak ler membazir. Hahahaha!!! (^_^!)