Bangun, terus aku mandi dan kemudian melakukan kerja² biasa pada hari Ahad. Membasuh baju dan membersihkan bilik. Selesai kemudiannya, aku menghadap komputer dan terus melayari laman web akhbar; utusan.com.my. Tak banyak yang dapat aku baca kerana rata² headlinenya agak hambar. Penuh dengan politik dan cerita² yang kurang menarik bagi aku.
Diwaktu sebegini, aku teringat balik waktu² dulu semasa aku sedang bersekolah. Waktu sebegini, aku pasti sudah tercogok depan televisyen dengan adik² aku sambil menonton cerita kartun. Sambil makan sarapan pagi yang mak buat; nasi goreng dan teh o panas. Mesti aku yang akan ambil paling awal sebab antara adik beradik aku, aku yang selalu paling awal bangun (ye ke?).
Kemudiannya, aku akan membasuh kasut dan mengapur kasut menjadi putih. Itu pun selalunya malas² nak buat. Kalau tak mak yang bising² soh buat, tentunya kasut yang akan aku pakai pada hari Isninnya akan berselepat dengan kotoran. Tak pun, paling senang yang akan aku buat adalah dengan menepek kasut kotor dengan kapur kasut tanpa mencucikannya terlebih dahulu (dengan alasan takut kasut tak mo kering esoknya...) Maka akan bertompok² kasut sekolah aku tu... Hahahaha... Kalau memang tak kering, selalunya mak akan suruh letak belakang peti sejuk. Miahahaha...
Dan pada tengaharinya pula, waktu mak tengah sibuk kat dapur untuk memasak, sure aku yang akan menjadi mangsa untuk menolongnya. Hahahaha... Maklumlah! Dalam family aku tak ada perempuan, jadi akulah jadik penolongnya waktu tengahari ni. Siang bawanglah... Masak nasiklah... Siang ikan... Macam²! Dengan hati yang berat selalunya aku melakukan tugas² yang mak aku berikan. Pernah jugak aku menyuarakan rasa hati; kenapa aku je selalu kena buat semua tu. Namun selalunya mak akan menjeling yang menyebabkan aku terus membuat kerja tanpa pertanyaan lagi. Paling teruk pun kena bebel atau pun ketuk di kepala. Hahahaha... Dan kemudian, selepas makan tengahari, akulah yang akan mencuci pinggan mangkuk sehingga habis.
Dan sekarang, apabila aku teringatkan kembali hari² Ahad yang aku jalani semasa bersekolah dulu, ianya menjadi sesuatu yang manis untuk diingat. Hmmmm... Kenapalah hidup bila dah besar ni tak seindah yang kita bayangkan dulu?