Sekarang, aku sedang membaca buku bertajuk "Cinta Tunggal" dan buku ni boleh la aku ketegorikan sebagai buku untuk "light reading" sebab isi kandungan yang ringkas dan straight foreword. Tak perlu nak fikir² apa yang akan terjadi seterusnya untuk mengetahui kisah selanjutnya. Buku ni hampir habis aku baca dan bacaannya hanya aku buat ketika sedang menaiki LRT untuk pergi dan pulang ke rumah. Tiada langsung bacaan semasa di rumah. Mungkin esok atau lusa akan aku habiskan semasa di dalam LRT.
Manakala buku kedua yang aku beli petang tadi iaitu "Aliya Elyana" masih lagi belum sempat aku tengok isi kandungannya, tapi bolehlah aku ketegorikan juga sebagai buku "light reading". Mungkin aku akan baca habis buku ni dalam minggu depan selepas aku habis membaca "Cinta Tunggal". Pun untuk bahan bacaan di dalam LRT.
Kebelakangan ni, aku memang tak ada bahan untuk membaca. Ada gak terasa dalam hati yang teruja nak ke perpustakaan negara. Bukan apa, kawan aku dah suggest aku dari buang duit beli buku, baik pinjam je dari perpustakaan. Aku bukannya apa, aku suka beli dan buat koleksi. Tapi tengok la. Kalo rajin nanti, aku pergi la ke perpustakaan negara tu dan jadik ahli...
Sementara tu, baca dulu buku² ni. Yah hooo!!!