Sekarang aku dah macam obses dengan sorang pelakon ni.
Bukan Malayu eyh! Tapi Hollywood!
Pada mulanya, aku memang tak brape nak minat.
Sebab bila tengok dia je, mesti tringat Justin Bieber.
Bluekkk!!!
Ape ke he ngan anak Bieber tu!
Tak kuasa aku! Hahaha…
Tapi, since aku tengok cerita,
Charlie St. Cloud…
Aku baru terperasan lakonan dia sungguh berkesan.
Buat aku meleleh air mata.
Tak sangka pulak aku dia ni pandai berlakon sedih-sedih.
Aku hengat dia pandai menyanyi je.
Lepas tu joget-joget ngan cheer leader.
Tapi kali ni lain sikit.
Pandai lak mengajak aku nangis bersama.
Dari awal cerita, sampailah penamat.
Kira boleh baling bunga rose la.
Pas tu bagik standing ovation.
Full mark aku bagi kat Zac Efron.
Aku tak berapa nak minat ngan lakonan dia sebelum ni.
Dari High School Musical 1,2 hinggalah yang ke-3.
Memang aku tak pernah cuba pun nak tengok.
Tapi filem Hairspray, memang aku tak tinggal.
Filem muzikal yang aku tengok berkali-kali.
Sebab lagu-lagu dia sangat best.
Tak percaya, korang tengok la.
Mesti kaki tak berenti bergoyang.
Dan buat ketawa tak ingat dunia.
Selain dari Hairspray, ada juga lakonan lain.
Tapi agak kurang best dari CSC.
17 again…
Lakonan Zac agak biasa.
Sama macam lakonannya dalam High School Musical.
Aku tak berapa teruja bila menontonnya.
Biasa-biasa saja.
Filem remaja tipikal yang mementingkan rupa dan populariti.
Tapi bukan garapan watak yang dibawa.
CSC umpama benchmark buat Zac.
Lakonannya selepas ini sepatutnya diukur pada filem CSC.
Kerana ini adalah filem terhebatnya.
Korang dah menonton Charlie St. Cloud?
Kalau belum, cubalah cari movie ini.
Aku sangat mengesyorkannya.
Cuma bila menonton CSC…
Bawalah tisu selori.
Kerana Zac Efron mampu buat korang menangis!
p/s : Jangan lupa juga filem “Hairspray”