Kenapa hari ini bukan esok?

question

 

Aku baca tweet dari Carl Samsudin.

Dia tanya kenapa hari ini bukan esok.

Aku pun tertanya jugak pada diri sendiri.

Kenapa ya?

Mungkin Carl malas nak kerja kot hari ni.

Mungkin dia tak cukup tidur.

Mungkin juga dia tak mahu buat kerja sekerat jalan.

Tapi apa yang penting hari ini Isnin.

Semua orang dewasa perlu keluar bekerja.

Aku juga sama.

Cuma hari ini bukan esok.

Hari ni bekerja.

Esok cuti…

 

Sekali lagi “The Big M” bersarang pada semua.

 

Tapi sepanjang ke tempat kerja aku masih mencari jawapan.

Bagi soalan kenapa hari ini bukan esok?

Pada aku, semua hari adalah sama.

Sama dalam erti kata pembahagian masa.

Setiap hari ada 24 jam.

8 jam bekerja.

8 jam berehat.

Dan 8 jam tidur.

Peraturan yang tak perlu nak dijelaskan.

Cuma bagi orang yang bekerja.

24 jam itu, bukan terbahagi seperti yang disebut.

Kadangkala 24 jam tidak pernah cukup.

Waktu bekerja kadangkala lebih dari waktu tidur.

Dan kadangkala waktu tidur itulah waktu berehat.

Dan rutin itu akan berpusing setiap kali hari baru menjelang.

 

Memanglah esok cuti.

Boleh berehat sekali lagi.

Seperti hari Ahad setiap minggu.

Tapi aku tetap tak boleh jawab kenapa hari ni bukan esok.

Apa yang boleh dibuat.

Cuma menunggu.

Dan berharap hari ini akan habis dengan cepat.

Supaya esok boleh bangun lambat.

 

Korang boleh tolong jawabkan?

Aku masih lagi tercari-cari jawapan yang Carl tanya!