Bertukar!

Ada orang bertanya pada aku.
Kenapa tetiba aku tukar format?
Kenapa tak lagi tulis macam biasa?
Aku terdiam...
Tak tau macam mana nak jelaskan.
Pada aku itu bukan pun perkara besar.
Tulis panjang berjela ke,
Tulis pendek-pendek ke,
Asalkan ada point aku menulis,
Itu sudah cukup.

Tapi apa yang jelas,
Aku sudah malas nak mengarang.
Kepala dah blank.
Dan pertanyaan yang selalu aku tanya...
Pada diri sendiri...
Kalau aku tulis pepanjang pun,
Ada ke yang baca?
Kalau ada pun...
Mungkin sekerat jalan.
Dan kalau ada yang baca sampai habis pun...
Tak tentu dia faham apa yang aku maksudkan.

Jadi biarlah begini.
Tak payah nak susun ayat,
Tak perlu nak menapis tiap kata.
Terus pada point.
Jimat masa...
Jimat tenaga...
Jimat idea...
Senang nak baca.
Dan tak merepek!

:p

Well! Inilah cara aku menulis sekarang.
Pendek, padat dan ringkas.
Itu pun kalau ada orang nak baca.
...
Hmmm...
Chow for now!

p/s : Berapa ramai yang habis baca novel online? I mean baca novel depan screen komputer? Berbanding dengan buku?

[via iPhone]