The big M

Malas?
Bila dah malas semua menda tak jadi.
Tak kiralah apa saja perbuatan.
Bila malas sudah bersarang.
Semua menda tak terlayan.

Aku pun sama.
Malas dah naik sampai ke kepala.
Malas nak menulis.
Malas nak berfikir.
Malas nak bekerja.
Malas segalanya.
Apa yang ada di dalam kepala.
Hanya ingin tidur.

Kenapa tidur?
Sebab ianya perkara paling senang.
Letak saja kepala di atas bantal.
Segalanya hilang.
Tak perlu nak fikir itu ini.
Tak perlu cari penyelesaian pada masalah dunia.
Tak perlu nak ingat itu ini.
Atau dia…
Tak perlu nak angkat bila orang telefon.
Apa yang penting.
Aku hanya perlu bermimpi saja.
Tak kira mimpi itu ngeri atau indah.
Asalkan aku dapat tidur.

Ya! Aku tengah malas.
Tak ada siapa yang dapat bantu aku.
Kecuali diri sendiri.
Biarlah aku malas untuk seketika.
Sampai masanya, aku akan rajin balik.
Rajin untuk menulis.
Rajin untuk berfikir.
Rajin untuk bekerja.
Rajin segalanya...

Sekarang aku hanya mahu tidur...
Owh! Mungkin lepas aku menonton.
Carlie St. Cloud... kot!

(-_-)