Sesak!

Lama dah aku tak buat posting. Mungkin sebab aku sibuk dengan kerja seharian, mungkin juga sebab aku rasa malas nak buat posting sebab dalam kepala aku ni penuh dengan pelbagai rasa yang tidak menyenangkan...

Aku tak senang dengan pelbagai soalan yang diajukan kepada aku mengenai perkara itu ini, aku tak senang dengan asakan dan ajakan yang pada aku adalah merupakan sesuatu yang amat sukar dan juga sia² dalam masa yang sama. Aku penat dengan tutur kata yang melemaskan dan menjerat pemikiran aku sendiri... Aku dah penat.

Mulanya aku hanya ingin mendiamkan diri. Mulanya aku hanya ingin mengikut sahaja flow. Mulanya aku hanya ingin mengikuti hingga saat akhir... Tapi ternyata aku tertewas dan aku lemas dengan asakan² itu!

Hurmmm... (_ _)m