Cameron Highland Trip - Final Day


I'll be posting about Cameron Highland Trip on 3 parts, and this post will also be posted in Jaquezeean's Blog.

Note: This is not a final post. New pictures may be added later...


Hari ini merupakan hari terakhir kami di Cameron Highland. Seperti hari semalamnya, ramai di antara kami yang masih lagi tidur di kala pagi yang sejuk giler. Masing² masih lagi berlingkar di kawasan pertiduran masing².


(Cuba teka ni gambar tidur siapa?)

Aku memang bangun awal sebab aku memang dah terbiasa bangun awal, so lepas mandi (warghhhh!!! sejuk gilerrrr...) dan bersiap, kemudiannya aku keluar dari rumah menuju ke kawasan taman di hadapan banglow. Aku cukup seronok dapat menghirup udara nyaman di sini. Kalau boleh, hari² aku nak macam ni, tapi apakan daya...

Sedang aku tengah syok melayan perasaan, Sue ikut sama keluar dari rumah nak ke taman. Masih belum mandi... (apsal la derang ni takut sangat nak mandi bila dah bangun tido?!) Sambil berjalan, Sue tengah mengunyah sandwich peanut butter.


(Berjalan sambil makan sandwich peanut butter - Sue)

So, kami berdua berbual dan kemudiannya berjalan menyusuri tempat yang kami lalui semalam. Kawasan penyelidikan/ladang Mardi. Kali ni, kami berdua berjalan dan melawat kawasan yang tidak sempat kami pergi semalam. Macam² benda yang kami berdua jumpa setelah meng'explore' lebih jauh ke dalam kawasan Mardi itu...

Kami jumpa tempat tanaman tomato, kebun orkid, gazebo dan banyak lagi la. Seronok jugak berjalan² macam ni...




(Wild orkid... Chantek kan?)


(Gazebo yang dipenuhi bunga² liar...)


(Pokok tomato ceri...)


(Matahari baru nak keluar...)


(Kawasan ladang teh...)

Skali lagi kami berdua memanjat kawasan ladang teh yang berbukit. Sejuk di kawasan tu jangan kata la, dengan angin kuat... Menggigil jugak la! Dan kami berdua kemudiannya duduk di bench yang mengadap ke kawasan banglow tempat kami menginap. Jauh di bawah kelihatan kelibat Lan dan Shahrul... dan kemudian Man dan Yan. Tak lama kemudian, aku dapat panggilan daripada Lan yang menyuruh kami berdua turun sebab hendak bergerak untuk bersarapan.


(Gambar aku kat ngan pokok teh...)

Kami bergerak beramai² menaiki kereta (yang lain² masih lagi belum mandi!) ke sebuah restoran yang terletak di kawasan pekan tidak jauh dari banglow. Masing² memesan sarapan samada nasi lemak, nasi goreng, roti canai dan sebagainya. Waktu pada ketika itu lebih kurang jam 9.30 pagi. Dan apabila siap bersarapan, kami semua bergerak semula ke banglow untuk bersiap² untuk check-out dari banglow.


(Gambo ni sebenarnya Man yang soh amek, aku tak tau motif dia apa soh aku ambek gambo ni... Tapi aku ambek je la. Post office tu berhadapan dengan tempat kami sarapan...)


(Terasa macam kat luar negara plak bila tgk gambo nih...)

Check-out telah ditetapkan pada pukul 12.00 tengahari. Jadi sebelum kami keluar, kami mengemas rumah tersebut dari sampah dan juga barang makanan lebihan untuk dibawa pulang.

Setelah semuanya selesai mengemas, semua ahli Jaquezee berkumpul di ruang tamu untuk majlis penutup Trip ke Cameron Highland. Majlis dimulakan dengan Ijat yang bertopi koboi mengucapkan terima kasih pada semua ahli yang terlibat menjayakan trip ini. Ini diikuti pula dengan ulasan setiap ahli². Dan apabila semuanya selesai, kami semua mula mengisi barang² masuk ke dalam kereta (barang² balik lebih banyak dari barang² semasa pergi...) Dan banglow yang kami duduki selama 2 hari sebelumnya ditutup dan dikunci tepat jam 12.00 tengahari.


(Ijat ngan topi koboi dia. Dia tengah bagik ucapan dato' bandar dia...)


(Lelain tengah kusyuk dengar apa yang Ijat bebelkan...)


(Boring dengar Ijat bebel, aku interframe gambo sendiri. Hahai!!!...)

Kami kemudiannya mengambil gambar kenangan di hadapan banglow tersebut. Satu demi satu gambar yang diambil bermula dari gambar official ke gambar gerak bebas. Ketika kami hendak meneruskan perjalanan, kami telah dijemput oleh ayah Shahrul (yang menginap dibanglow bersebelahan) untuk makan tengahari sebagai alas perut sewaktu perjalanan pulang. Apa lagi, semua pun berebut² masuk ke dalam dapur dan makan dengan lahapnya. Walaupun lauk, sayur dan nasi terhad, namun terasa sedap sebab masing² makan seperti sebuah keluarga yang besar (terima kasih ayah Shahrul!)


(Yan ngan Man tengah main "jan jan jala jala itik jala ayam"...)


(Bard ngan Lan tengah jadik KLCC kat dalam gambar ni...)


(Posing serious...)


(Gambar Lan sebelum...)


(Dan gambar Lan selepas... Cuba teka apa yang dia try nak jadi, tapi tak dapat jadi masa kat Cameron ni?)


(Pose manja bebudak pempuan depan banglow...)


(Aktiviti makan kat umah sebelah...)

Siap makan, kami bergerak semula ke Kea Farm untuk membeli barangan cenderamata buat kali terakhir sebelum turun ke bawah. Semasa di sini, masing² memborong cenderamata; samada keychain, strawberri, bunga dan sebangainya...


(Bard tengah buat orkestra...)


(Strawberri yang dibeli...)


(Aku beli bunga daffodil. Lawo tak?)


(Hehehehe... Cantik bentuk dia... Bulat macam muka aku!)

Siap semuanya, kami mula bergerak menuruni kawasan itu. Sedikit demi sedikit, suhu sejuk yang terasa kian hilang apabila kami beredar daripada kawasan Cameron Highland. Dan udara panas yang biasa kami rasa mulai menggigit kulit (bosan!). Kami berhenti seketika di kawasan RnR Tapah (kalau tak silap) untuk membuang air, membeli air dan makanan, sebelum bertolak sepenuhnya ke Kuala Lumpur.


(Berhenti seketika di RnR...)


(Masing² bergerak nak ke tolet...)


(Waktu menunggu yang lain siap membuang...)


(2 jari depan tu bukan jari aku tau... Tapi jari Man... Nak jugak interframe!)


(Selamat jalan Cameron. Ada masa nanti kami datang balik...)

Setibanya di Sentul, Kuala Lumpur, kami berhimpun semula di Green Park untuk minum dan makan. Waktu pada ketika ini tepat jam 6.00 petang. Kami duduk berkumpul di satu meja besar sambil berbual² tentang perkara semasa di Cameron Highland (aku lambat sikit join sebab rush balik ke rumah untuk transfer gambar² dari kamera Yan ke komputer). Dan kemudian, bila malam menjelma, kami semua mula beredar pulang ke rumah masing².

Itulah sahaja perjalanan awal hingga akhir Trip ke Cameron Highland Jaquezee. Segala²nya memang menyeronokkan dan target awal trip ini untuk menghilangkan tension kerja telah pun mencapai sasaran. Memang berbaloi trip yang diadakan kali ini, dan kemungkinan akan ada lagi trip yang akan dibuat melihatkan trip kali ini yang berjaya.

Seperti penutup untuk semua acara yang biasa didengar;

"Sekian, Ijann melaporkan..."

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam Trip ke Cameron Highland ini terutamanya Shahrul yang membekalkan kawasan penginapan, Lan yang mengetuai trip, Man dan Yan yang menumpangkan kereta, Ijat dan Bard yang bersama² menjayakan orkestra malam, Sue yang rajin membuat teh ketika bersantai, Mak Ngah yang sentiasa tidur awal, Ida yang selalu kena tepuk, dan Ana dan Reza yang tak lekang berdua²an. Terima kasih daun keladi, ada trip kita gi lagi!!!