Hehehehe... Ada cerita lawak sket. Aku tersalah pergi tempat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan Wangsamaju, Seksyen 1. Lepas sahaja kerani SPR tu menyemak nama aku, dia mengatakan yang tempat aku membuang undi adalah di Seksyen 2, lebih kurang 2 kilometer dari tempat itu. Haduh... Kena la aku berjalan ke sana. Tapi tak kisah la, eksersais sket. Hehehehe...
(Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsamaju, Seksyen 2 dari jauh. Aku zoom 4x.)
(Gambar sekolah di bahagian tepi yang aku snap waktu tengah berjalan.)
(Sibuk je mamat cina tu tengak aku tengah snap gambo. Nak interframe la tuh!)
Hoooo... Lupa lak nak cakap. Kat Seksyen 2 ni, 2 parti mencabar sesama sendiri iaitu Parti Barisan Nasional dengan Parti Keadilan. 2² calon pun cina, so aku pun tak berapa ambik peduli calon² yang bertanding. Some more, aku pun bukan duduk kat sini lagi. Tapi disebabkan aku nak parti aku ni menang, aku gi la jugak (tak yah la tanya sapa yang aku nak pangkah, paham² je la.)
(Semangat nyonya tu datang nak buang undi.)
(Pintu depan Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsamaju, Seksyen 2.)
So, bila dah sampai kat atas tu, aku pun menunggu giliran aku untuk mengundi. Ada 2 orang kat depan aku yang tengah memangkah kertas unti kat tempat memangkah. Bila derang dah siap memangkah maka, sampai la giliran aku. Aku pun bagik la aku punya IC pada kerani penyemak tu. Ada 3 orang semuanya,.Aku tengok, kerani yang pertama membuka buku semakan pengundi, nama aku ada kat muka paling depan sekali. Masa dia verify nama aku kat kerani kedua yang sebelah dia, bukan main kuat dia sebut nama aku ngan nombor IC aku. Cheh! Publisiti murahan betul untuk aku! Kekekeke...
Kerani yang terakhir pula, kerja dia memberikan aku kertas undi. Satu kertas undi je yang dia bagi sebab kawasan Wangsamaju tu untuk Parlimen je. Aku pun ambik kertas undi tu dan terus menuju ke tempat memangkah. Dah siap ada pensil 2B kat situ. Aku pun (dengan tekat apa yang aku nak pangkah) terus aku memangkah dengan berhati² kat kertas tu. Aku lipat, dan terus menuju ke peti undi lutsinar baru yang SPR perkenalkan baru² ni. Siap je aku mengundi, aku terus keluar dari sekolah.
Siaplah tanggungjawab aku sebagai rakyat Malaysia. 4 ke 5 tahun lagi aku akan mengundi lagi kat kawasan baru (kot).