25 yang ke-5...









I'm old but yet young at heart. Sort of! Hehehehe...

Aku sukakan usia 25 dan bagi aku, 25 merupakan umur paling senang bagi aku menikmati hidup. Terlalu banyak perkara yang berlaku ketika aku berumur 25 tahun...

Dan sekarang, at this very moment, aku sedang menyambut ulang tahun yang ke-5 usia aku 25 tahun. 11 Mac adalah tarikhnya. Mungkin bunyiknya sedikit pelik dan mungkin juga bunyiknya seolah² aku tidak mahu menerima kenyataan bahawa aku sudah pun berumur 3 dekad lamanya. (Ye la ye la... Aku dah 30 tahun!!!) Ada gak yang cakap aku ni poyo! Lantak la ko, janji aku bahagia! Tapi, aku tetap akan mengatakan bahawa aku berumur 25 yang ke-5 kepada sesiapa yang bertanyakan umur aku. Sekadar untuk mengingatkan aku bahawa hidup ini terlalu pendek untuk dinikmati dan terlalu singkat untuk diharungi. Kalau boleh aku ingin merasai semuanya...

Dan semakin banyak tambahan tahun yang ditambah pada umur kedua pada usia 25 tahun itu, semakin terasa sedih aku rasakan kerana terlalu banyak perkara yang masih lagi tertangguh untuk dilakukan. Semakin sukar untuk aku lakukan, semakin kuat tekad aku untuk melakukannya. Sungguh, aku rasa bagai semalam aku menjalani hidup di bangku sekolah dan sekarang, mengharungi payah jerih hidup di dunia realiti... Cuma satu khuatir yang masih membelenggu; jadikah aku seorang manusia?

Selamat ulang tahun ke 25 yang ke 5 (30) buat diri sendiri! (^_^!)

Ntah la, berapa banyak yang akan aku dengar ulangan baris² ayat itu nanti. Berapa ramai yang akan mengingatinya, dan berapa ramai yang akan meraikannya, aku sendiri tak tahu. Sungguh! Aku tidak peduli semua itu. Hanya yang penting adalah hadiah! Kakakaka... Tak lah! Apa yang penting pada aku hanyalah peringatan pada diri sendiri tentang berapa banyak yang telah aku pelajari selama nafas ini bergerak naik turun semenjak aku dilahirkan. Berapa banyak kesilapan yang telah aku sempurnakan, dan berapa banyak ibadah yang telah aku tunaikan. Adakah aku belajar dari apa yang aku lalui, dan sekiranya itu masih lagi tidak manjadikan aku "manusia", tak tau la aku apa aku sebenarnya...

p/s: Sedih masih lagi terasa sekelumit di hati ini!









(Wajah² orang tak tak mo ngaku tua! Hahaiii!!!)