Melankolia Rabu

Melankolia Rabu

 

Tiada…

Tiada…

Tiada…

 

Tiada kata pada 13 haribulan,

Cuma ada rasa,

Cuma ada perasaan,

Cuma yang tinggal,

Hanya kata²,

Yang tidak tahu…

Di mana pengakhirannya…

 

Tiada kata,

Tiada kata,

Tiada kata,

 

Rabu hari ini,

Tidak seperti lain Rabu,

Ruang lingkup,

Semakin hari,

Semakin tersepit,

Semakin tak boleh bernafas,

Semakin sesak,

Dengan nafas sendiri,

Dengan nadi sendiri,

Dengan tapak sendiri,

Tak berbunyi…

 

Sepi…

 

Tiada kata,

 

Tiada bunyi…

 

Hanya degup jantung sendiri…

 

Semakin takut untuk melangkah terus,

Takut ada yang mati perasaan,

Terpaku pada tengah rasa,

Salah pada serba,

Menjawab mati,

Mendiam juga mati,

Takut jika terberi salah pilih,

Pada ungkapan yang tak sepatut,

Takut kerana menakut…

 

Hanya jauh lihat mata,

Melihat purnama,

Di siang hari,

Tak bersinar tapi ada,

Nak melawan mentari,

Tapi tak bermaya…

Hanya kusam di langit sepi…

Namun purnama tetap tersenyum,

Menyabit rasa hati,

Biar tinggal tunggul,

Berlindung di sebalik sirna…

 

Tiada,

Tiada,

Tiada,

 

Takup dua tangan,

Dengan dahi di aras tanah,

Bukan itu kehendak…

 

- Ijann 13.6.2012 -

 

bulansiang 

p/s : rindu di angin lalu…