Selamat hari lahir,
Buat kamu,
Aku doakan,
Agar apa yang kamu impikan,
Apa yang kamu hajatkan,
Dan apa yang kamu usahakan,
Akan menjadi kenyataan…
Semakin tua kita,
Dalam peredaran masa,
Berbekalkan segala pengalaman,
Pahit getir,
Suka duka,
Dan kepayahan,
Akan menjadi bekal,
Untuk mengharungi laluan hidup,
Yang entah senang,
Atau sukar…
Dan menjadi matang,
Untuk menentukan baik buruk,
Masa depan…
Semuanya di tangan kamu sendiri…
Apa yang aku boleh buat,
Hanyalah mendoakan yang terbaik,
Mendoakan segala kejayaan,
Dan kebahagiaan…
Yang mungkin menjadi milik kamu…
Suatu hari nanti…
Jangan jadikan kekalahan hari ini,
Kekecewaan,
Mahupun jatuh sungkurnya percubaan …
Untuk melemahkan semangat,
Untuk terus bergerak mencapai mimpi,
Kerana itu semuanya adalah guru,
Dan juga pengajaran,
Untuk membaiki diri,
Menjadi lebih baik dari sebelumnya…
Selamat hari lahir,
Selamat ulang tahun,
Dan selamat menjalani kehidupan seterusnya…
Kamu berhak mendapat yang terbaik…
Sekiranya itu yang kamu mahukan…
Selamat hari lahir sekali lagi…
(^__^)/
p/s : From distance…