Kisah Budak Domok,
Dengan Budak Turus,
Sebab…
Kisahnya,
Tak lagi menarik,
Untuk dipanjangkan,
Tapi,
Kisah Budak Domok,
Dan Budak Turus,
Sentiasa menjadi kisah terbaik,
Sepanjang aku menulis…
Aku akan merindu,
Budak Domok,
Dan Budak Turus…
Tak akan lupa…
Budak Domok dan Budak Turus (akhir)
Budak Domok dah dewasa. Budak Domok sudah pandai berdikari, Budak Domok sudah tahu untuk menjaga diri sendiri. Budak domok tidak lagi duduk di bucu bilik. Budak Domok sudah keluar dari kepompong yang membelenggu.
Budak Turus pun dah dewasa. Budak Turus semakin lawa. Budak turus sudah pandai bergaya. Budak Turus semakin hari semakin pandai di menara gading. Cuma Budak Turus tidak lagi dekat dengan Budak Domok… Mungkin Budak Turus dah lupa kewujudan Budak Domok.
Budak Domok sudah pindah dari rumah MamiDedi. Budak Domok duduk sendiri. Budak Domok sudah terbang dari sarang. Budak Domok tinggal di bandar besar. Bagi Budak Domok, situ saja yang Budak Domok boleh pergi untuk terasa dekat dengan Budak Turus. Budak Demok masih tidak dapat melupakan Budak Turus. Mungkin dengan duduk di bandar besar itu, Budak Domok dapat bertemu semula dengan Budak Turus. Samada secara sengaja atau pun tidak. Itu adalah harapan yang tertanam di dalam hati Budak Domok setiap hari, setiap kali Budak Domok melangkah ke tempat kerja.
Tapi, Budak Domok masih belum bertuah…
Budak Domok menjalani hidup sehari-hari dengan harapan.
Satu hari, Budak Domok ketemu dengan kawan lama dulu. Budak Domok gembira berjumpa dengan kawan lama. Banyak cerita-cerita yang Budak Domok cerita dengan kawan lama Budak Domok. Banyak juga cerita yang didengar dari kawan lama Budak Domok. Budak Domok ketawa terkekeh-kekeh bila teringat hal lama.
Sehinggalah kawan lama Budak Domok bertanya tentang Budak Turus. Budak Domok tiada kata-kata. Lidah Budak Domok kelu. Budak Domok tak tahu nak bercerita apa tentang Budak Turus. Dah terlalu lama berita tentang Budak Turus tidak sampai ke telinganya. Apa kisah, apa khabar, apa cerita, semua Budak Domok tak tahu. Yang cuma Budak Domok tahu, Budak Turus sentiasa ada dalam hati Budak Domok.
Kawan lama bercerita tentang Budak Turus. Budak Domok hanya mendengar. Budak Domok hanya diam. Budak Domok sebolehnya tidak mahu mendengar cerita yang kawan lama perdengarkan. Semuanya tidak menggambarkan Budak Turus. Budak Turus yang sentiasa menjadi adik kepada Budak Domok seolah sudah lain daripada yang Budak Domok kenal (melalui cerita kawan lama).
Budak Domok tukar topik. Budak Domok tak mahu mendengar lagi. Budak Domok buat-buat senyum pada kawan lama. Budak Domok mengiakan apa yang kawan lama beritahu. Jauh di sudut hati Budak Domok, Budak Domok tidak mahu mendengarnya. Budak Domok tidak mahu percaya selagi Budak Domok tak lihat dengar mata kepala.
Budak Domok menyangkut dagu di tingkap bilik. Inilah bucu bilik baru Budak Domok. Kalau bucu bilik lama dulu ada Budak Turus nak usapkan perut, sekarang, Budak Domok hanya ada diri sendiri. Tiada lagi senyuman Budak Turus, Tiada lagi gigi menyeghingai Budak Turus, tiada lagi cekak Budak Turus yang merapi rambut Budak Turus ke belakang….
Cuma yang ada, hanyalah gambar Budak Demok dengan Budak Turus yang sudah usang…
Budak Domok memandang telefon di tangan. Sesekali dia memandang nombor Budak Turus yang kawan lama berikan. Dia ingin menghantar mesej kepada Budak Turus. Tapi adakah Budak Turus masih lagi ingat pada Budak Domok?
Mungkin ya, mungkin tidak…
Budak Domok cekalkan hati. Budak Domok menghantar mesej pada nombor Budak Turus. Budak Domok tunggu.
Tiada jawapan.
Satu hari…
Dua hari…
Seminggu…
Sebulan…
Budak Domok kecewa. Berkali-kali Budak Domok menghantar mesej. Tiada jawapan yang diberi. Panggilan juga tidak berjawab. Berkali-kali… Sesekali, Budak Domok tertanya, betulkah itu nombor yang kawan lama berikan. Bila ditanya dikatakan ya pada Budak Domok. Dikatakan panggilan kawan lama boleh saja diangkat. Mesej juga begitu. Jadi mengapa tiada jawapan bila Budak Domok menghantar mesej atau panggil?
Budak Domok terasa dipinggirkan. Masih lagi seperti kali terakhir Budak Domok berjumpa dengan Budak Turus. Badan besar Budak Domok langsung tidak menjadi alasan untuk kelihatan. Budak Domok terasa seperti batu-batu di jalanan. Walalupun nampak, tapi dipijak, ditendang dan dibiarkan. Budak Domok kecewa.,,
Budak Turus sudah lupakan abangnya…
Satu hari, ketika pulang dari kerja, Budak Domok lalu di tempat biasa. Budak Domok tunggu bas seperti yang selalu ditunggu. Budak Domok tunggu bas untuk pulang.
Ketika itu, Budak Domok nampak seseorang yang Budak Domok percaya Budak Domok kenal. Budak Turus!!! Budak Turus juga di situ menunggu bas. Budak Domok nampak Budak Turus! Budak Domok gembira tak kepalang…
Budak Domok terus mendekati Budak Turus. Budak Domok memberi salam. Budak Turus menjawab. Budak Demok senyum memandang Budak Turus. Mungkin Budak Turus sudah tak kenal dengan Budak Demok.
Budak Demok dah kurus.
Budak Demok bertanya pada Budak Turus, adakah Budak Turus kenal lagi dengan Budak Demok? Budak Turus kelihatan melihat² jam tangan tanda kelambatan. Budak Domok perkenalkan diri. Budak Domok tersenyum.
Budak Turus melihat Budak Domok dalam keadaan tertanya-tanya. Kemudian Budak Turus memandang muka Budak Domok. Budak Turus menjawab, “Maaf! Saya dah lambat…” sambil tersenyum. Budak Turus segera naik bas yang datang. Tinggalkan Budak Domok yang memandang Budak Turus pergi. Budak Domok terpinga-pinga. Budak Domok terkesima. Adakah Budak Domok salah orang?
Pulang ke rumah, Budak Domok selongkar gambar terbaru yang kawan lama bagi. Budak Domok nak bandingkan gambar itu dengan orang yang Budak Domok sangka Budak Turus tadi. Budak Domok keliru…
Sama… Sikit pun tak berbeza.
Tapi kenapa Budak Turus seolah-olah tak kenal Budak Domok?
Budak Domok menghantar lagi mesej kepada Budak Turus. Budak Domok panggil berkali-kali. Masih senyap, masih tidak berjawab. Hati Budak Domok hancur luluh. Hati Budak Domok menangis. Budak Turus benar-benar dah melupakan Budak Domok. Budak Turus sudah lupakan langsung abangnya.
Budak Domok tertanya-tanya, adakah Budak Domok melakukan kesilapan besar sehinggakan Budak Turus tidak lagi seperti dahulu?. Adakah Budak Turus terasa hati dengan perbuatan Budak Domok. Jika ada, kenapa Budak Turus tidak berterus-terang dengan Budak Domok? Budak Domok sanggup melutut meminta maaf sekiranya ada. Budak Domok mahu Budak Turus terus menjadi adiknya. Budak Turus rindu dengan senyuman Budak Turus.
Rindu…
Budak Domok mengesat air mata yang menitis. Budak Domok memandang ke luar tingkap. Dari jauh, Budak Domok memerhati kapal terbang yang lalu. Dia teringat ketika Budak Domok menunggu kepulangan Budak Turus dari rajukkannya dahulu. Setiap hari menunggu. Membilang hari… Sehinggalah Budak Turus pulang, dan di sambut dengan senyuman manis seikhlas hati.
Tapi itu dulu.
Budak Domok memerhati kapal terbang yang lalu. Budak Turus tiada dalam kapal terbang itu. Budak Domok tahu. Kalau ada pun, sudah pasti Budak Turus pergi tanpa menghiraukan Budak Domok. Budak Domok menyapu air mata yang mengalir di pipi.
Budak Turus tidak lagi ingat pada Budak Domok… Mengapa harus Budak Domok ingat pada Budak Turus?. Budak Domok terasa hati. Budak Domok perlu segera meneruskan hidup. Mungkin Budak Domok juga akan bahagia jika Budak Domok tidak lagi ingat pada Budak Turus.
Tapi… Budak Domok masih sayang pada Budak Turus. Budak Domok masih lagi berpegang pada janji-janji Budak Domok. Budak Turus akan sentiasa menjadi adik kepada Budak Domok… Budak Domok akan menjaga Budak Turus sampai bila-bila.
Budak Domok perlu meneruskan penghidupan tanpa Budak Turus. Walaupun berat, Budak Domok terpaksa akur dengan “keputusan” Budak Turus.
“Budak Turus, Budak Domok sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Budak Turus… Budak Turus mungkin dah lupakan Budak Domok dalam hidup Budak Turus, Tapi Budak Turus sudah menjadi sebahagian dalam hidup Budak Domok. Sebagai abang, Budak Turus akan sentiasa Budak Domok sayang, walau Budak Domok mati sekalipon…”
Kata-kata terakhir Budak Domok yang ditulis pada belakang gambar Budak Turus yang kawan lama bagi. Budak Demok keluarkan dari bingkai gambar dan kemudian dilekat di pintu almari…. tidak dibuka lagi.
Budak Domok teruskan hidup… tanpa Budak Turus di sisi.
*Tamat*
Agak hambar,
Nak menghabiskan cerita.
Mungkin aku akan tokok tambah,
Kemudian…
Sebab apa yang aku tulis,
Kat atas tu,
Aku kopipes je,
Dari notepad yang aku buat kat pejabat.
Tulis time beboring.
Tak ada idea sebenarnya.
Sorry.
Bagi yang tak baca cerita ni,
Dari awal,
Pepandai la korek.
Malas dah aku nak bagi link.
Hahahaha…
Maaflah,
Cerita tak best!
Cerita penuh,
Hanya ada dalam kepala aku.
Tak tahu bila masa,
Nak tulis sebaik mungkin.
Tulis mana yang dan.
Well!
I hope that you enjoyed it!
Walaupun penamat agak lame.
Dan membosankan.
Bukan happy ending.
Ni kalo kat India ni,
Mau kena bakar nih,
Hahahaha…
Owh! Cerita tu, rekaan semata-mata.
Tak ada kena mengena,
Dengan yang hidup,
Atau yang mati.
Kalau ada pon…
Kebetulan…
Ceh!…
Okaylah…
Itu jer buat kali ni.
Len kali celoteh lagi!
Bye!