HTTTA – Teknik #1

Okay,

Aku sharekan tips yang pertama,

“How To Talk To Anyone” (HTTTA).

Teknik #1

Membanjirkan Senyuman (Flooding Smile)

Apabila berjumpa dan mengucapkan salam dengan seseorang, jangan terlalu cepat menunjukkan senyuman. Sebaliknya, lihat wajahnya untuk beberapa saat dan, kemudian berhenti seketika (pause). Biarkan persona mereka meresap dalam fikiran korang. Kemudian, berikan mereka senyuman yang ramah dan ikhlas sedikit demi sedikit di wajah korang dan biarkan ianya membanjiri anak mata korang. Ia akan memberikan impak kepada orang yang korang kenal itu seperti gelombang hangat (warm wave). Perberhentian sementara tadi akan meyakinkan mereka bahawa senyuman korang itu adalah ikhlas dan hanya untuk mereka.

Senyum, senyum dan senyum…

Cuma senyuman untuk orang yang…

Pertama kali korang kenal itu…

Di lewat sedikit.

Untuk beberapa saat.

Itulah tips pertama yang,

Leil Lowndes ajarkan.

Dalam buku HTTTA nya.

 

Jadi, praktikkan…

 

p/s : (^_^)