Abandoned!

Salam…

Lama aku tak buat entry…
Semuanya disebabkan,
Aku bizi dengan preparation,
Majlis Pedoman pada 30hb nanti.

Apa yang membuatkan aku bizi,
Adalah membuat video…
Shoot, create dan mengedit video.
Tuhan saja yang taw berapa lama…
Video yang aku buat tu untuk dirender.
Bayangkanlah!…
Video 60 saat, yang kemudian…
Dipendekkan menjadi 45 saat…
Dan kemudian dipendekkan lagi…
Menjadi 30 saat…
Mengambil ruang 1.5 gig alone…
Dalam komputer aku.

Urghhhh!!!
30 saat… menunggu masa untuk dirender…
Berejam lamanya.
Pukul 3.00 petang start merender,
Pukul 8.00 malam baru siap…
Tu video 30 saat je tu…
Bayangkan video yang perlu aku buat,
Adalah 7 minit panjangnya!

Sebab tu lah, 2 minggu yang lepas,
Hidup aku hanya di rumah…
Mengedit video² yang perlu aku masukkan…
Dalam presentation tu.

2 weeks of hell!
(T_T)

Ok! Here more bad news!
(Tapi bagi aku tak la teruk sangat!)
I have to abandoned the video idea.
Sebab masa terlalu suntuk!
2 minggu yang diberi,
Langsung tak cukup untuk aku.
Sekurang²nya, aku perlukan sebulan,
Untuk menyiapkannya.
Banyak footage yang aku dah buat,
Terpaksa ditinggalkan!
Dan dibackup…
Untuk presentation yang akan datang.
Itu adalah idea yang aku beri,
Kepada boss aku!
So, aku punya masa yang lebih…
Untuk presentation yang akan datang!

Tapi idea video aku tu,
Tak sia-sia,
Sebab the other day,
Boss aku dah previewkan,
Video yang aku buat pada GM…
And all other HOSes…
And they love it!
Cume derang tak suka dengan…
Soundtrack video tu…
Derang nak catchy sikit!
Haha! Aku gelak jer…
Aku lebih suka…
Dengan soundtrack orchestra…
Lebih best bunyinya…
Daripada lagu yang ntahapehape!

So…
Back to the traditional way!
Which is boring…
And stereotype…
Mempersembahkan presentation…
Dengan menggunakan Power Point!
Dengan lagu latar yang membosankan!
Well! 94 slaid,
Yang aku siapkan…
Dalam masa 3 hari sahaja…
Tambah tolak 3 hari tu…
Aku dapat 1 hari tidur!
Dengan hanya mempreview slideshow…
Sampai habis…
Tetau jer… Mesej…
“End of slaid”
Padahal… aku tidur sepanjang…
Tayangan slaid tu!

Bayangkanlah!
Aku yang buat slaid tu pun boleh tertidur…
Bayangkan orang yang akan tengok nanti!
Bukan setakat tidur…
Mungkin berdengkur kot!

Hahahahaha…

Enough talking!
Aku tunjukkan kat korang…
1 raw video yang aku buat
Belum di fine tune,
Belum di finalised,
Just a raw video…
Untuk presentation yang aku buat,
2 minggu yang lepas!
Selepas di compress…
Video 30 saat bersaiz 1.5 gig itu…
Hanya 2.5 mb jer.
Apa yang korang tengok nanti…
Adalah masa aku…
2 minggu yang lepas…

(T_T)


p/s : This video will still be in used for my future presentation.