Lama dah tak buat entry.
Dah masuk bulan Mac dah.
Tapi baru hari ni dapat nak luang masa.
Idea kengkadang datang,
Kengkadang hilang.
Bila dah hilang tu yang pening.
2-3 hari ni…
Banyak yang berlaku.
Tapi tak boleh nak diluah.
Kalau diluah, ada yang terasa.
Kalau disimpan, terasa hati.
Jadi…
Aku biarkan saja.
Dengan harapan…
Esok lusa… hilanglah!
Tapi alhamdulillah…
Nasib baik benda-benda negetif,
Yang aku rasa tu dah hilang.
Sekarang hati sudah tenang.
Dan aku rasa gembira
Hari-hari yang mendatang…
Mungkin lebih baik.
Cuma sekarang, kena sentiasa…
Berfikiran positif.
Bak kata GM aku…
Yang dengar radio tiap pagi.
Pasal muhasabah diri.
Tiap pagi, kita ada 80%…
Pemikiran buruk setiap hari.
Hanya 20% sahaja yang baik.
Jadi, kena kembangkan 20%,
Yang tinggal itu…
Dan mengurangkan peratusan,
Pemikiran yang buruk tadi.
Bagaimana caranya?
Salah satu adalah dengan…
Mulakan hari dengan senyuman.
Bak kata Gurl kat post dia.
Ada saintis cakap senyum ni merupakan senaman yang boleh merangsang hormon "baik" dalam badan. Ada orang cakap kalau kita mulakan hari dengan senyuman hari kita akan ceria.
So… aku dah mulakan tabiat ni pepagi.
Tengok saja muka dalam cermin…
Sebelum basuh muka.
Sebelum gosok gigi.
Sebelum buang tahi mata…
Aku akan senyum melihat diri sendiri.
Walau buruk macammana pun,
Rupa pada ketika itu.
Dengan senyuman…
Alhamdulillah…
Hari aku sudah mula ceria.
Seterusnya…
Peratusan pemikiran baik.
Pada setiap pagi…
Pada hari yang baru.
Telah meningkat!
Mood pun semakin baik…
Saban hari!
Cubalah!
Ianya pasti akan berjaya!
Bayangkan apa yang senyuman,
Boleh buat pada korang…
Untuk the rest of the day!
(^_^)
p/s : Biarlah senyum, walaupun senyuman itu plastik!