Mencik aku! Mencik!

Ni post aku sebelum tido… Tido dalam keadaan sakit hati dan perasaan mencik (tak baik sebenarnya simpan perasaan nih). Bukan apa, sebab Menara Orkid tak der air lagik! Semuanya disebabkan pemotongan bekalan elektrik pada kawasan pengurusan Menara Orkid. Bila tak der elektrik, tak der la lif. Bila tak der elektrik, pam tak berfungsi. Bila pam tak berfungsi, air tak jalan la! Arghhh!!!

 

MENARA ORKID TAK DER AIR LAGI!!!!!!!!

 

Nyampah aku bila keadaan ni berlaku. Bukannya semua yang duduk di Menara Orkid ni tak bayar maintenance kat management. Sesetengah jer yang degil. Aku yang tiap bulan bayar ni plak yang jadik mangsa. Haru biru betul…

 

Ni aku nak petik apa yang kawan aku cakap pasal management Menara Orkid ni. Bukan nak menjatuhkan maruah sesiapa, bukan nak mendajalkan sesapa. Tapi nak bagi pengajaran kepada sesiapa yang dah berada di tampuk tertinggi bila dipilih menjadi ketua. Jangan nak asyik pentingkan kedudukan. Tengok nasib orang yang dipimpinnya…

mengata dulang paku tersepih... mengata org dia yg lebih.... dua kali lima sepuluh.... org berak ko suluh....

situasi meletih kan... semua penghuni MENARA ORKID terpaksa bersukan selagi belum selesai perhutangan..... hutang sebanyak RM63K....

-pengerusi persatuan penduduk sebelum ditabalkan dan merampas kuasa dari management lama telah menghantar surat layang supaya jgn bayar duit maintenance kerana management lama menyeleweng duit...

-setelah menjadi pengerusi dan berjaya merampas kuasa dia suruh pulak penduduk bayar, sedangkan masa tu hutang semakin bertambah... kalo da bertambah sapa nk bayar...

-lift yg rosak diperbaiki dengan kos lebih kurang RM30k... apa yg dibuat hanya menampal dinding dengan playwood dan aluminium, lantai di alas dengan alas baru(getah)... kos penyelenggaraan utk 8 buah lift.... betulkah sampai RM30k?

-parking telah dijual dan disewakan pada penduduk adalah satu cadangan yg bagus.... tapi mana pergi nyer duit tersebut???

haruskah org sebegini menjadi ketua??? :D

Pe kes? Sakit ati bila orang cam ni (terutamanya di kalangan orang kita) ada di atas. Sebolehnya nak tegakkan benang yang basah!…

 

p/s : kalo tak der air gak, terpaksa EL la esok! (T_T)