Apa nak tulis ha?

Apa aku nak tulis ha? Betul aku tak der idea sekarang ni. Kerja kerja dan kerja saja sekarang. Tepat saja pukul 8.30 pagi, mula la telefon berdering nak tanya itu ini, betulkan sana sini… Aishhh… Nak tak nak, kena gak pergi, Tertangguh lagi poster-poster SPP, wallpaper, report… (and the lists go on…) Baru je nak mengadap balik pas balik troubleshoot, troubleshoot baru lak menyusul…

 

Tapi aku tak boleh nak  mengeluh. Sebab ini lah yang aku pilih sejak setahun yang lalu. Peluang yang ada tak boleh nak aku persiakan. Kalau selalu aku mengeluh, dah pasti rezeki pun mengeluh nak datang pada aku… Cuma perlu bersabar saja sekarang dengan karenah user dan orang atasan.

 

Hari ni memang sibuk sekali. 2 colleagues aku dah kena standby untuk majlis Pedoman dekat Dewan Anugerah. Yang sorang lagi pulak, MC dua hari sebab sakit mata. Tinggallah aku sorang. Boss aku lak sama kena standby kat Dewan Anugerah… Jadi, akulah yang kena mengangkat telefon dan mengambil kes. Memana kes yang teteruk tu, terpaksalah aku pergi turun padang. Kalau idak, remote je dari meja aku. Tak payah nak memenatkan diri berjalan ke sana-ke sini.

 

Dari pagi selepas masuk kerja hari ni, mengadap aku kat akaun menyelesaikan masalah kat pejabat baru Credit Control. Kendian ke Credit Admin pulak menyelesaikan masalah printer Kak Nor yang agak pelik. Kes pun masih pending sebab aku tak habis lagi menyelesaikan masalah tu. Esok kot aku nak ngabihkan permasalahan tu… Kalau bermasalah lagi, harus dicampak jer komputer tu ke sungai belakang hospital. baru aku puas hati! (Tapi mampu ke aku nak buat? Setakat cakap jer… boleh la! Haha!)

 

 

Tak der idea lagi dah!

 

Apa lagi eh nak tulis?

 

Halamak… esok kena bangun pagi la pulak. Baru aku teringat. Sebelum pukul 7 pagi aku dah kena ada kat hospital. Standby untuk Majlis Pedoman lagi. Kena on itu ini. Majlis tu start pukul 8.30 pagi, so IT kenalah prepare apa yang patut. Orang-orang besar KPJ plak turun padang. Mati la kalo tak standby. Harus kena carut dengan manager-manager KPJ. Selalunya kalau ada majlis besar-besar cam ni, preparetion memang kena buat 2 hari lebih awal. Tapi, nasib baik aku tak terlibat dalam preparation tu. Aku lebih kepada kerja troubleshoot user. Memang muka aku ni favourite user la kalo ada masalah pc ni. So, boss aku selalu tak bagi arahan untuk aku buat memenda tu selain dari troubleshoot. Almaklumlah… Aku orang pertama yang mula bekerja kat bangunan baru Tawakkal ni sebelum pekerja lain masuk. Orang lain masuk bulan 5, aku dari bulan 2 dah mula bekerja kat bangunan baru. So, aku la orang yang paling familiar dengan infrastructure IT kat situ…

 

Nasib baik aku tak kisah!

 

Tapi, apa pun, dalam kisah tak kisah, kengkadang aku bengkek jugak dengan user yang kadang kala bangang nak mampos bila sampai bab IT ni. Kalau kata tak tau pasal IT, derang kat rumah pandai lak bukak PC itu ini, masuk FB bagai. Masalah simple pun kengkadang tak buleh nak solve sendiri. I mean… bukanlah masalah major pun, setakat monitor tak boleh on pun nak panggil IT (contoh). Apa la salahnya kalau check dulu wiring monitor tu. Tengok dulu suis dah bukak ke belum? Elektrik ada ke idak? Ntah-ntah wayar loose… Menda sesenang macam tu pun takkan tak boleh buat. Lainlah kalau semua dah buat, try 2-3 kali tapi still dapat masalah yang sama, barulah call IT. Mungkin ada technical problem. Kes macam tu okaylah kalau nak diterima. Tak ler dapat maki hamun, lahar dan carut dari mulut aku… Ini idak. Try pun belum, dah terus call IT. Bila user dapat tau derang salah, mula la nak sengeh bagai… Kecik jer aku tengok.  Sah-sah aku akan berimaginasi mengecop dahi derang dengan tulisan ORANG BODOH bebesar, sebatu buleh nampak…

 

Hahahaha… (^o^)

 

Ni dah macam kes lepaskan geram la pulak… Ekekekek…

 

Dari aku terus merepek, baik aku berenti dulu. Kang aku tulis apa yang terlintas dalam kepala aku ni kang, dah jadi monolog la pulak. So, better stop now. Aku taw, orang pun tak mo baca memenda panjang…

 

Chow Bedah!

 

Flying Kiss