Dah dekat seminggu dah aku tidur bersama dengan Froggy; nama plushies yang dihadiahkan kepada aku pada minggu lepas. Ye la, minggu lepas kan aku dengan bebudak Jaquezee ada membuat acara bertukar hadiah. So, selepas hadiah bertukar tangan, aku pun mendapat Froggy. *sigh*
Bukan aku tak suka dengan hadiah yang aku dapat (anyway, terima kasih kepada Leia, it’s a lovely gift!). Tapi aku ni jenis geli sikit pada memenda lembab macam katak dan cicak ni. So, bila nampak jer mata Froggy yang besar tu, terasa geli-geleman aku dengan plushies tu. Walaupun dia comel, tapi tetap hideous…
So far, sib baik aku tak menjerit lagi pada pagi hari bila tengok mata Froggy ni. Tiap kali bangun, mesti keadaan masih lagi gelap, so chance aku untuk bertembung mata dengan Froggy sebaik sahajaa bangun tidur adalah sangat tipis. Hahahaha…
Apa pun… Walaupun dengan hati yang berat, peneman aku tidur seminggu ni dah menjadi bahan kutilan aku sebelum tidur. Wahahahaha… :p
p/s : bila nak mengutil orang lak? (TT_TT)